Tuesday, October 26, 2010

KRITIKAN vs KUTUKAN


Menurut kamus dewan edisi ketiga, kritikan bermaksud analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dan lain-lain. Kritikan juga bermaksud ulasan atau kata-kata tentang keburukan atau kelemahan seseorang atau sesuatu. Manakala kutukan bermaksud perkataan (sumpah) yang mendatangkan kecelakaan, laknat. Jika kita fahami dan analisa kedua-dua maksud ini, kritikan dan kutukan merupakan dua istilah yang membawa maksud yang sangat berbeza. Secara mudahnya kritikan ialah satu teguran yang berasas bertujuan untuk memperbaiki kelemahan seseorang. Manakala kutukan ialah satu tuduhan yang bertujuan untuk menunjukkan kelemahan seseorang itu. 

gambar hiasan

Ada sesetengah pendapat menyatakan kritikan dan kutukan adalah sama. Penggunaan perkataan kritikan dilihat lebih sopan dan beradap. Bagi pandangan piweet kritikan ialah teguran yang positif bertujuan untuk memperbaiki kelemahan seseorang dan kutukan ialah teguran (virus) negatif yang boleh melemahkan lagi  kebolehan seseorang itu. Sebagai seorang yang profesional, kritikan yang dilontarkan kepada kita haruslah diterima dengan minda yang terbuka. Jika kritikan itu adalah benar dan berasas, kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak nampak kelemahan yang kita miliki dan sukar untuk kita memperakui kelemahan kita sendiri. Oleh itu, jika ada pihak yang ikhlas mengkritik, kita perlu menerimanya dengan minda yang terbuka kerana mereka nampak apa yang kita tidak nampak. 


Sebagai contoh, pencipta-pencipta yang menyertai Program Realiti IDEA yang dianjurkan oleh Ministry of Science, Technology & Innovatio (MOSTI), mereka merasakan bahawa ciptaan mereka telah pun sempurna dari segi fungsi dan sebagainya. Apabila mereka mempersembahkan alat ciptaan mereka, ada sesetengah juri mengkritik ciptaan mereka dan ianya terbukti benar. Oleh itu, kritikan yang diterima itu harus dijadikan penyuntik semangat untuk mereka memperbaiki kelemahan mereka dan menghasilkan ciptaan yang lebih berkualiti. Terdapat seorang peserta daripada rangcangan IDEA telah mencuba nasibnya buat kali kedua setelah cubaan pertamanya gagal. Beliau menggunakan ciptaan yang sama tetapi telah diperbaiki kelemahan berdasarkan apa yang dikritik oleh juri. Juri-juri program itu sangat memuji usahanya dan memberikan komen-komen yang positif terhadap rekaannya itu. 


Kutukan ialah virus yang boleh melemahkan kekuatan seseorang. Kutukan boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri, sedih dan berputus asa dengan apa yang telah dilakukan. Ada juga kutukan yang menyentuh emosi seseorang dan boleh menyebabkan seseorang itu tertekan dan mengalami gangguan emosi. 

gambar hiasan
Jangan risau jika anda dikritik kerana kritikan itu akan membina anda supaya menjadi lebih baik. Setiap manusia tidak lepas daripada kesilapan. Melakukan kesilapan dan kesalahan adalah lumrah kehidupan manusia. Ada pepatah mengatakan beruntunglah bagi sesiapa yang belajar daripada kesilapan dan rugilah bagi sesiapa yang menyatakan kesilapan yang dilakukan adalah satu kisah silam yang harus dilupakan. Kesilapan yang dilakukan kita merupakan satu perjalanan hidup yang akan mematangkan kita semua. Bila anda dikritik, sebenarnya anda menjadi perhatian orang lain dan ada yang prihatin terhadap anda. Anda sepatutnya berterima kasih kepada orang tersebut kerana mengambil berat terhadap anda. Di sini piweet sediakan beberapa tips untuk menghadapi kritikan:
  • jangan terus membela diri sebaliknya dengar dahulu kritikan tersebut dan cuba fahaminya.
  • analisa  kritikan tersebut sebelum anda memberi hujah balas
  • jika anda yakin kritikan itu betul dan tujuan kritikan adalah untuk membina anda, terima dengan hati yang terbuka.
  • jika anda mushkil dengan kritikan yang diberikan, sila minta penjelasan yang lebih spesifik. 
  • jika kritikan itu benar menunjukkan kelemahan diri anda, bersikap jujurlah dengan diri anda dan berterima kasih kepada pengkritik.
  • jangan balas kritikan dengan kritikan, sebaliknya jelas kepada mereka dengan lebih teperinci.
  • jika anda tidak yakin dengan kritikan yang diberikan, minta pendapat orang lain yang benar-benar ikhlas untuk membantu anda. 
  • tanya diri anda sendiri apa yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki kelemahan diri.  

 Sebagai kesimpulannya kritikan dan kutukan adalah dua istilah yang sangat berbeza. Kritikan dilihat sebagai satu teguran yang positif yang boleh membina kita dan kutukan ialah teguran yang negatif yang boleh melemahkan kita. Piweet berharap anda semua telah memahami secara kasar tentang apa itu kritikan dan apa itu kutukan. Mulai sekarang piweet berharap anda akan faham mengenai kedudukan anda apabila anda menegur seseorang. Sekian terima kasih.

2 comments:

fahmi89 said... [Reply]

Salam piwet. mohon piwet buang gambar mat salleh y pgg pen 2. dia tu sorang ahli parlimen belanda yang hina islam dengan filem fitna. xingat namanya..

bukan apa. xnk org y kenal mat salleh tu nt ckp hg penyokong ye lak..baik jaga sebelum terkena..

wsalam..

Piweet said... [Reply]

wsalam...yaka fahmi, sory2 xkenal sp pon dia tu....trima kasih ya atas maklumat tersebut amie