Sunday, October 24, 2010

TIPS UNTUK MENGUATKAN DAYA INGATAN - Part 1

Entri kali ini piweet nak kongsikan tentang tips-tips untuk menguatkan daya ingatan manusia. Piweet rasa tips ini sangat berguna kepada kita terutama kepada pelajar-pelajar lagi-lagi bila dah nak dekat exam. Fisrtly, piweet nak cerita dan kongsikan tentang tips-tips melalui pengalaman piweet sendiri. Semasa zaman sekolah rendah dan menengah dulu, kawan-kawan piweet ada kongsikan beberapa tips kepada piweet. Antaranya ialah memimum air masak selepas sahaja bangun dari tidur. Maksudnya minum air masak sebelum kita berkumur atau memberus gigi. Piweet pon pelik jugak dengan tip ni tapi kawan piweet cakap yang air liur dalam mulut kita itulah yang boleh menguatkan daya ingatan kita. Kedua, elakkan memakan kepala ikan. Masa kecik2 dulu mak piweet yang bagi tips ni dan piweet percaya yang mak korang pon ada cakap pasal ni kan. Masa kecik dulu piweet tidak faham kenapa orang tua-tua pesan x bagi makan kepala ikan. Masa sekolah menengah ustaz piweet ada jelaskan kenapa memakan kepala ikan boleh melemahkan ingatan manusia. Menurut kajian saintifik, cecair yang terkandung di dalam mata ikan mengandungi sejenis enzim yang boleh melemahkan daya ingatan manusia. Ketiga, elakkan memakan makanan @ minuman yang bercampur dengan semut. Penjelasanya hampir sama dengan tips yang kedua. Keempat, amalkan memimun susu dan memakan buah kurma dan kismis setiap hari. Amalan ini telah lama diamalkan di pondok-pondok pengajian islam dan pusat-pusat tahfiz. Kepada pembaca-pembaca semua tips-tips ini hanyalah melalui pengalan piweet dan tiada bukti saintifik yang jelas. Tips-tips ini hanyalah petua orang dulu-dulu.


(Tips-tips ini dipetik melalui pembacaan piweet di internet.)

Kandungan ini daripada Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid, seorang ulamak, pensyarah dan penulis daripada Arab Saudiseperti yang dipetik daripada IslamOnline.net


Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri manusia, lantaran itu manusia di sebut Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut perbezaan
dalam kekuatan memori yang telah diciptakan Allah untuk hambanya.

Pepatah Arab menyebutia dipanggil manusia (insan) sebab kelupaannya (nisiyan)Ia dipanggil hati (al-qalb) sebab ia cepat berubah (yataqallab)

Sifat pelupa ialah sesuatu yang berbeza tahapnya antara individu dengan individu yang lain. Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa
Dosa membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori dan kemampuan untuk mengingati ilmu. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekali dengan kecerahan ilmu. Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:"Saya
mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."

Al-Khateeb menulis dalam Al-Jamie yang Yahya Ibn Yahya berkata: "Seorang lelaki bertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat memperbaiki ingatan saya?. Malik berkata: "Sekiranya ada yang dapat memperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa".

Apabila seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.

2. Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran. 
Allah berfirman "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa"
(Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak.
Kerana makan terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu
Sesetengah ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan seperti madu lebah dan kismis.Imama Az-Zuhri menyebut "Kamu patut mengambil madu sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin menghafal hadith, ia patut memakan kismis"Ada juga yang menyebut, mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan dan lemah ingatan.
Sekian sahaja daripada piweet. SELAMAT BERAMAL......=) 

0 comments: