Friday, October 21, 2011

ADAKAH ANDA BIJAK? ADA BRAN, JOM TRY

SOALAN UJI MINDA

Di bawah ada (4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?

Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda…..AWAS jangan ambil terlalu banyak masa untuk menjawab soalan ini.....kerana nanti anda akan menyesal...hehehe

Ready? GO!!!...Good Luck=)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?

Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat…? (lihat bawah)
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Jawapan:
Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?

Adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?

Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah…
Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang campur lagi 1000. Campur lagi 30 …. Campur lagi 1000 . Campur lagi 20… Campur lagi 1000 . Campur lagi 10….. Berapa kah jumlah semua?

Lihat bawah untuk …jawapan.. ..
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~
Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.
Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul … Cuba .

Soalan keempat:

Bapa sadah ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~
Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Sadah. Baca semula soalan!

Soalan bonus:

Sorang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. …?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~
Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati
Mudah sahaja,,.,haha:p



Amacam hebat tak anda? Apa perasaan anda setelah menjawab semua soalan tu???Best kan...hehe

Wednesday, October 19, 2011

BUDAK BERUMUR 2 TAHUN DILANGGAR DENGAN KEJAM DI CHINA

Baru-baru ni kita digemparkan dengan satu video berkenaan dengan sebuah van melanggar seorang kanak-kanak berumur 2 tahun dengan kejam sekali. Malahan orang sekeliling dan yang lalu lalang di kawasan kemalangan berkenaan langsung tidak menghiraukan budak berkenaan. Mereka hanya melihat tanpa ada rasa belas kasihan langsung. Begitu kejam manusia zaman sekarang. Kalau tak percaya boleh lihat video di bawah ini. 



Kejam kan manusia ni???? Tak ada sifat keperimanusiaan langsung. Sebenarnya kenapa orang yang lalu lalang kt situ tak tolong budak tu ada sebabnya. Piweet jumpa satu artikel dekat FB Agak², Bila Kita Boleh Couple~? yang menjelaskan berkenaan dengan kejadian berkenaan. Kalau nak tau dengan lebih lanjut bolehlah baca artikel di bawah ini :

Tau tak ? Kenapa Tiada Sesiapa Membantu Budak 2 Tahun Yang Digilis Di China?

Admin yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.

Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?

Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...

Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah
Sekarang admin nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,

Sila jangan tolong..ASAL?

PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya. Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?

Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.

Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,

die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diakena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgarhidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..

Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Admin berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah !

JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...

Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan~

So terjawab lah persoalan tao yang dulu dimana seorang lelaki mengambil kesempatan tetak perempuan pengsan selepas bergaduh dan xde sape yang ambil tindakan.

JgN Lupa Klik LIKE pages bawah ni dan SHARE...kat kawan²


Monday, October 17, 2011

JOM BER QUARTER POUNDER

McDonald tengah buat promosi ni untuk Quarter Pounder Beefy & Cheesy Burger... 
Murah dekat 3 Ringgit kot.....=)
Cara dia senang ja.... Print ja poster ni n korang bawak pegi McD....
Print color buleh, hitam putih pon boleh...hehe
Senang ja kan...Apa lagi Jom berQuarter Pounder...huhu


Friday, October 14, 2011

9 SITI YANG HARUS DICONTOHI


Sekadar gambar hiasan...Tiada kaitan dengan entri dibawah...hehe=)

1)
Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. Adakah wanita kita tergolong antara Siti2 ini?



[Sumber]

Tuesday, October 11, 2011

AMALAN UNTUK MENGUATKAN MINDA

Dekat2 nak exam ni mesti ramai yg nak petua2 untuk kuatkan, cerdaskan, mantapkan, solidkan minda kan.... Lagi2 pelajar2 yg nak hadapi peperiksaan besar macam STPM, SPM, PMR, UPSR, PRASEKOLAH dan macam2 lagi la...hehehe...

Sepatutnyakan petua2, amalan2 mcm ni bkan dekat nak exam baru amalkan....Kita kena amalkan setiap masa, baru la ada kesan...betul tak???Lagi satu, bukan pelajar saja yg harus amalkan, semua golongan manusia harus amalkan...Yela minda bukan kita guna time nak exam ja..setiap masa kita guna....betul tak???hehehe

Ok la jom kita layan dan amalkan petua2 ni:
Petua Imam Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

*Kalau ada kesudian . Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. SELAMAT BERAMAL

Saturday, October 8, 2011

PEMBENTANGAN BAJET 2012




Pembentangan Bajet 2012 telah berlangsung pada 7 Oktober 2011 di bangunanParlimen oleh Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razak. 
Antara isi-isi kandungan Bajet 2012 adalah:-

1) Tangani Inflasi
    - Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3000
    - Penerusan subsidi bil elektrik RM20
    - Penerusan subsidi,insentif dan bantuan berjumlah RM 33.3 billion

2) Kakitangan awam
    - Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
    - Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
    - Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
    - Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

3) Pesara Kerajaan
    - Bayaran khas RM3000 kepada bekas anggota,duda dan balu polis khas dan polis   tambahan
    - Kenaikan pencen 2 peratus setahun
    - Bayaran bantuan RM500

4) Peneroka FELDA
    - FELDA Global Ventures Holding disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
    - Peneroka akan dapat durian runtuh

5) Perumahan Rakyat
    - Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
    - 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
    - Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat

6) Sektor Swasta
    - Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5000 dinaikkan kepada 13 peratus
    - Pelepasan cukai sehingga RM3000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
    - Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta

7) Warga Emas
    - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia
    - Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

8) Pelajar
    - Yuran sekolah percuma
    - Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
    - Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan IPTS


[SUMBER]

Thursday, October 6, 2011

JOM KE CAMERON HIGHLAND


Sebenarnya esok Piweet da beli tiket nak ke KL. Nak pegi rumah abang n nak pegi jumpa sepupu kt UITM Shah Alam. 
Tapi class Piweet pulak buat trip nk ke Cameron. Serba salah jugak, nak ikut yg mana ni. Tiket ke KL tu tiket flight pegi balik plak tu. Kalau pegi KL maksudnya xbleh la nak jalan2 ngan classmates. Cameron ni merupakan trip untuk semester ni. Rugi la kalau x join.... Ermmmm susah jugak nk buat keputusan ni...:(

Meleleh air liur tengok strawberry ni...hehe

Ermm pikir punya pikir, rasanya Piweet pilih ke Cameron lah. Nak gi beli fresh strawberry (mcm kt tempat xda...huhu). Bila lagi kan nk jalan2 dengan kawan2. Time2 mcm ni la nak enjoy ramai2.
Dah hbes study nanti susah da nk kumpul ramai2 mcm ni.
 So, rasanya ni pilihan yg tepat kot...hehehe
Cameron i'm coming!!!=)






Tuesday, October 4, 2011

OST CITY HUNTER - GIRL'S DAY by CUPID

I keep playing this song hundred times. Cute melody and nice lyric make me smile while listen to this song. 
I hope this song can make you smile too.....hehehe



Monday, October 3, 2011

JOM TAMBAH TRAFIK BLOG!

Kali ni nak masuk segmen anjuran drpd Blogger Salwa Ismail plak. Sebenarnya join, sertai, masuk segmen yg blogger2 lain buat ni dpat bantu untuk naikkan trafik blog kita, lagi2 blog yg sekerdil blog Piweet ni....hehehe...Serius tak tipu=)huhu

Kalau korg da percaya. Jom ramai2 masuk segmen ni:
Yg lagi power, lagi best kan....blogger Salwa ni akan sediakan saguhati kpd blogger yg sumbgkan trafik terbanyak untuk blog dia..mmg lagi best kan...hehehe...Tunggu apa lg, jom la join sekaki...=)

Saturday, October 1, 2011

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SECARA ONLINE



Yiiihaaaa.... Saya da boleh mengundi...Kawe da boleh mengundi....Piweet da boleh mengundi...hehehe

Baru hari ni Piweet teringat nak semak status pemilih ni...Padahal da daftar awal bulan 1 lagi....hehehe...tapi itu xpenting, apa yg penting Piweet da boleh mengundiiiiii...hihi...first time nk mengundi ni...tu yg excited sngt...hahaha


Malas la nk beletiaq pnjg2...kalau hampa semua nak semak jugak KLIK SINI SLOW2 (",)


Mengundi xlama lagi dah tu.. Yg belum berdaftar, pi daftar cepat2...Yg xcukup umoq lagi 2, sabaq sat jangan dok gatai pi daftar jgak, kompem2 org xlayan...huhu ..(tudia mai da loghat utara..hihi)


Ingat undi anda sangat berharga. Anda semualah penentu masa depan Negara kita...hoyehoye