Saturday, January 15, 2011

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah....akhirnya result exam da keluar dan yang paling menggembirakan ialah saya lulus. Nak tau kenapa saya suka sangat, sebabnya exam kali ni memang susah gilerrrrrrrr. Kalau lulus tu ,  dah kira cukup bagus da...hehehe. Kalau nak taw tahap mana susahnya KLIK SINI ...... Agak tak sangka jugak la semester ni ada peningkatan daripada semester lepas walaupun exam kali ni triple lagi susah daripada semester lepas. Memang sangat2 tak sangka. Semester ni saya dapat 3.53 ja, tak la tinggi sangat tapi saya tetap bersyukur dengan result kali ni. 


Pepatah ada menyatakan yang hasil yang kita dapat itu adalah sejauh mana usaha yang dilakukan (lebih kurang mcm tu la bunyinya). Betul x???? Jadi kalau nak result lagi power, usaha pun kena la power jugak. Lagi 1, selain usaha yang kita dah lakukan, tawakal kepada Allah janganlah lupa pulak. Penting taw tawakal dalam hidup kita ni. Setiap orang yang berusaha pastinya inginkan kejayaan dihujungnya. Tapi tak semuanya akan menyecap kejayaan yang diidamkan itu. Sesungguhnya Allah sedang mengatur yang terbaik buat kita semua. Ada hikmah disetiap kejadian itu. Mungkin Allah sedang uji kesabaran dan keimanan kita terhadap-Nya. Sekali gagal bukan menunjukkan kita kan gagal buat selama-lamanya. Sebaliknya kita perlu belajar daripada kegagalan itu untuk dijadikan pedoman buat masa hadapan. Sesungguhnya berungtunglah bagi sesiapa yang belajar daripada kesilapannya. 


Sunday, January 9, 2011

PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-25 /2010

Akhirnya segala teka-teki peminat AJL ankhirnya telah terjawab. Mungking ada yang gembira dengan keputusan yang telah ditetapkan juri dan mungkin juga yang tidak puas hati dengan keputusan tersebut. Apa-apa pun pemenangnya telah pun ditentukan. Jom kita tengok keputusannya:

PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-25

TEMPAT PERTAMA : ANA RAFALI (TOLONG INGATKAN AKU)

TEMPAT KEDUA : MEET UNCLE HUSEIN ft BLACK (DRAMA KING)

TEMPAT KETIGA : HAFIZ (NOKTAH CINTA)

VOKAL TERBAIK : HAFIZ (NOKTAH CINTA)

PERSEMBAHAN TERBAIK : FAIZAL TAHIR (HANYUT)


PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-24


Vokalis Terbaik : Aku Rindu Sayang Kamu – Black (komposer/penulis lirik: Yuzai)
Persembahan Terbaik : Kau Aku – Aizat (komposer/penulis lirik: Aizat)
Tempat Ketiga : Bencinta – Faizal Tahir (komposer: Audi Mok, penulis lirik: Faizal Tahir)
Naib Juara: Dan Sebenarnya – Yuna (komposer/penulis lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil)
Juara Lagu : Pergi – Aizat (komposer/penulis lirik: Pete Teo, Amran Omar)

ANUGERAH JUARA LAGU KE-25 /2010

Wednesday, January 5, 2011

PERINGATAN KEPADA YANG SEDANG BERPACARAN

video

Lagu ni ditujukan khas kepada classmate saya yang sedang hangat bercinta terutamanya kepada Izat dan pasangannya...hehehe. Sebelum ni dia tuju lagu ni kepada saya dan kawan-kawan yang lain. Sekarang ni saya nak tujukan khas kepada dia pulak. Lagu ni lagi mantap sebab ianya dalam versi Cikgu Syida.

Saturday, January 1, 2011

BEGITU PANTAS MASA BERLALU

Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik da habes cuti. Rupa-rupanya da sebulan lebih ada kat rumah bercuti. Cuti kali memang bermakna buat saya. Cuti kali ni diisi dengan macam2 agenda. Agenda yang paling besar ialah kerja part time. (kalau nak tau kerja apa yang saya buat sila KLIK SINI

Memang memenatkan kerja kat situ. Ari ni hari terakhir kerja dan esok pagi da nak kena balik kelantan sebab semester baru nak mula. Nasib baik Malaysia menang Piala AFF Suzuki, boleh la cuti lagi 1 hari. Terima kasih kepada pasukan bola sepak Malaysia hehehehe. Malaysia memang layak menang piala tersebut. Harap-harap kejaan kali ni merupakan titik permulaan kepada kebangkitan bola sepak negara kita.

Sepanjang cuti ni berapa entri saja sempat tulis sebab busy dengan kerja. Malam ni pun busy jugak sebab baju tak kemas lagi, barang nak bawak balik kelantan tak cari lagi, baju baru nak basuh  tapi curi jugak masa sebab da lama tak post entri. Esok saya akan bertolak dari Bayan Lepas ke Kota Bharu. Selamat tinggal Peneng dan selamat bertemu Kota Bharu. Saya balik naik moto taw, bukan naik bas. 8 jam jugak la perjalanan. Memang satu perjalanan yang sangat memenatkan tapi yang paling penting ialah selamat sampai ke kelantan. Doakan saya selamat sampai k. Ok la ye banyak benda lagi tak siap. Byeeeeeee