Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik da habes cuti. Rupa-rupanya da sebulan lebih ada kat rumah bercuti. Cuti kali memang bermakna buat saya. Cuti kali ni diisi dengan macam2 agenda. Agenda yang paling besar ialah kerja part time. (kalau nak tau kerja apa yang saya buat sila KLIK SINI .
Memang memenatkan kerja kat situ. Ari ni hari terakhir kerja dan esok pagi da nak kena balik kelantan sebab semester baru nak mula. Nasib baik Malaysia menang Piala AFF Suzuki, boleh la cuti lagi 1 hari. Terima kasih kepada pasukan bola sepak Malaysia hehehehe. Malaysia memang layak menang piala tersebut. Harap-harap kejaan kali ni merupakan titik permulaan kepada kebangkitan bola sepak negara kita.
Sepanjang cuti ni berapa entri saja sempat tulis sebab busy dengan kerja. Malam ni pun busy jugak sebab baju tak kemas lagi, barang nak bawak balik kelantan tak cari lagi, baju baru nak basuh tapi curi jugak masa sebab da lama tak post entri. Esok saya akan bertolak dari Bayan Lepas ke Kota Bharu. Selamat tinggal Peneng dan selamat bertemu Kota Bharu. Saya balik naik moto taw, bukan naik bas. 8 jam jugak la perjalanan. Memang satu perjalanan yang sangat memenatkan tapi yang paling penting ialah selamat sampai ke kelantan. Doakan saya selamat sampai k. Ok la ye banyak benda lagi tak siap. Byeeeeeee
0 comments:
Post a Comment