Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Sejak dari lagu keluar masa dekat Final AF9, dah rasa jatuh cinta dengan lagu...Best sangat, xtaw la sebab apa...hehehe...Sejak dari hari tu asyik dengar lagu ni ja sampai rommate Piweet pon complain sebab asyik dengaq lagu ni ja...hahaha...Minat lagu ni mungkin sebab lirik dia yg best n video klip dia yg simple tp best. Anw lagu ni lagi best dari lagu finalis AF9. Piweet da jatuh cinta dengan suara n lagu Nera...huhu...Jom la layan lagu ni dulu:
LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).
Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok.
Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).
Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia.
Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.
Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan.
Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu.
Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.
Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.
Piweet nk kongsi dengan hampa semua 1 website yang sangat berguna untuk cari Huraian Sukatan Pelajaran. Kalau yang jadi Cikgu taw la pentingnya ke x benda ni. HSP kat Website ni pon yang uptodate nya. Sangat2 berguna untuk yang bergelar CIKGU (bukan cikgu pon boleh download, jangan risau).....hehehe...Harap dapat membantu @>--;----
15 Julai ialah hari aku???? Sebenarnya hari ni ialah hari lahir piweet... Hepy Birthday Piweet....hahaha wish tuk diri sendiri....First nak ucap banyak2 terima kasih kpd semua yg ucap birthday n memdoakan piweet. Doa daripada org lain pnting taw... Tersangatlah tak sangka rupa-rupanya piweet ni da 22 tahun. Tngok pada angka tu rasa mcam da tua da, jiwa masih 18 lg...hehehe
Hepy birthday syazwan a.k.a Cikgu Piweet...hehe
Dah masuk usia baru ni, banyak benda harus piweet buat, perbaiki, pelajari, dan tinggalkan. Banyak sangat kalau nk senaraikan tetapi secara overall azam piweet stlah msuk usia 22 tahun ni ialah:
Nak jadi insan yg lebih baik
Nak jadi anak yg lebih baik
Nak jadi cikgu yg lebih baik
Nak jadi kawan yg lebih baik
Nak jadi suami yg lebih baik (ooppps calon pon blum ada lg...hihi)
Kalau hampa smua tengok Maharaja Lawak mesti hampa taw pasal cerita Ustazah Siti Nor Bahyah. Kalau yg taktaw tu, mai piweet nak habaq. Kumpulan Sepah yg menang Maharaja Lawak 2011 tu slalu melakonkan watak ustazah SNB dalam komedi depa. Memang menjadi-jadi lawak depa hingga kumpulan Sepah lakonkan balik watak tu di pentas akhir ML. Memang lawak la depa bawak watak tu tapi kadang2 watak tu macam perli ustazah SNB dari segi style percakapan ustazah SNB dan lain lagi la.
Ini la yg menjadikan persolannya. Ustazah Siti Nor Bahyah tak marah ka dengan sepah ni. Style percakapan dia dijadikan bahan jenaka Sepah. Yala identiti seorang ustazah @ pendakwah kena la jaga kan, xboleh buat main2. Hampa rasa Ustazah SNB marah x? Ermmm piweet rasa mungkin dia x marah tp mungkin dia kecik hati ja dengan Sepah ni...haaaa seemmpuutttttt....hehehe
Macam2 spekulasi boleh kita buat, tp yg betoi ialah dr mulut ustazah SNB sendiri. Piweet ada siasat jugak pasai benda ni kt FB Ustazah SNB...Jom kita selongkaq FB Ustazah SNB...hehehe
Ni ja bahan bukti yg ditinggalkan ustazah SNB di FB dia. Dia pon xjawab samada dia marah @ kecik hati...tapi gaya status yg dia tulis tu macam dia x marah ja....hehehe
Sebelum buat siasatan ni, ada terbaca satu post dari seorang mamat yg bertanyakan tentang masalah ni. Dan Ustazah SNB jawab "Ustazah xmarah @ kecik hati dengan kumpulan Sepah. Ini maksudnya Sepah tengok Semanis Kurma. Ustazah harap Sepah terus tengok Semanis Kurma dan peminat2 Sepah jugak."(lebih kurang macam tu la bunyi nya). So, the point is Ustazah SNB xmarah la dengan Sepah. Piweet nk cri post n comment ni la tp xjumpa la. Yg atas tu ja piweet jumpa...hehe