Saturday, October 20, 2012

NOTA PADAT APLIKASI MATEMATIK MTE 3114 OLEH CIKGU MOHD RIDZUAN AL KINDY


Kali ini Piweet nak kongsi satu lagi benda yang sangat BEST lagi mantap dengan anda semua iaitu Nota Padat Aplikasi Matematik (MTE3114)..hehehe... Subjek Aplikasi matematik ialah subjek wajib bagi pelajar PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruaan "Matematik") di bawah seliaan IPG. Nota-nota padat tulisan Cikgu Mohd Ridzuan Al Kindy sangatlah bagus dan berkualiti (ada  urmmm orang kata..huhu). Mungkin  ada daripada anda telah kenal dengan nota-nota tulisan Cikgu Mohd Ridzuan. Kepada yang belum kenal, Piweet nak kongsikan benda menarik ini dengan anda semua. Mungkin selepas ini anda akan jatuh cinta dengan nota beliau, cewahhh.....huhu=)

Nota yang padat, susunan yang menarik, dan warna yang pelbagai merupakan tagline tulisan nota beliau. Walaupun ringkas, padat dan sendad, nota-nota beliau masih lagi sarat dengan isi-isi penting. Dan yang paling best sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan semasa belajar dan sebelum peperiksaan. Dan mungkin menjadi paling paling paling best kepada "penggemar study last minute'....hahahaha ( I'm not part of them, I guess...erk yaka?) hihihi=)

Ni la Cikgu Mohd Ridzuan Al Kindy

Ok la, mesti ramai yang dah menggeletar tangan nak download kan....huhuhu
Cara nak download klik saja pada link di bawah=)



MTE3114 - Aplikasi Matematik [Sem 8]


Untuk pengetahuan, Subjek Aplikasi ni sangatlah susah dah rujukan pun agak terhad. Salah satu rujukan utama ialah nota tulisan Cg Mohd Ridzuan Al Kindy. Terima Kasih ya Cg. Pensyarah saya pon guna nota Cg jugak. Semoga Cg mendapat ganjaran daripada Allah......Subejk sebenarnya diambil daripada Deakin University yang buat twin program dengan IPG. Sejujurnya, subjek ni sangatlah susah dan mencabar. Tapi berkat doa dan usaha gigih, Insya Allah kita semua boleh kuasai subjek ni...hehehehe 

Anda juga boleh dapatkan nota-nota semester 8 di sini:


Ok, Selamat Beramal=)

Thursday, October 18, 2012

NOTA PADAT ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU (EDU 3108)


Kali ini Piweet nak kongsi satu benda yang sangat BEST lagi mantap dengan anda semua iaitu Nota Padat Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional Guru (EDU 3018)..hehehe... Subjek EDU 3108 ialah subjek wajib bagi pelajar PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruaan) di bawah seliaan IPG. Subjek ni juga merupakan subjek wajib bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus Ijazah Pendidikan di IPT.


Ok la, tak guna cakap panjang2....
Apa yang penting, korang kena download nota ni cepat-cepat while stock last....hahaha

Klik Link di bawah:

Nota untuk Subjek Guru Dan Cabaran Semasa pon ada...=)
Kalau nak KLIK SINI

Nota Aplikasi Matematik pon ada...=)

NOTA PADAT APLIKASI MATEMATIK MTE 3114






NOTA PADAT GURU DAN CABARAN SEMASA (EDU 3109)


Kali ini Piweet nak kongsi lagi satu benda yang sangat BEST lagi mantap dengan anda semua iaitu Nota Padat Guru Dan Cabaran Semasa EDU3109..hehehe... Subjek EDU3109 ialah subjek wajib bagi pelajar PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruaan) di bawah seliaan IPG. Subjek ni juga merupakan subjek wajib bagi pelajar-pelajar yang mengambil kursus Ijazah Pendidikan di IPT.


Ok la, tak guna cakap panjang2....
Apa yang penting, korang kena download nota ni cepat-cepat while stock last....hahaha

Klik Link di bawah:
 &

Nota untuk Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru Edu 3108 pon ada...=)
Kalau nak KLIK SINI
Ok, Selamat Beramal.... @_@

Wednesday, October 17, 2012

LAWAK 1 : MAK APA ITU SEX????

Gambar hiasan....=)
Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'.. 

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka. 

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)........







NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........