Saturday, October 13, 2012

Alhamdulillah... Kajian Tindakan Dah Beres=)

Alhamdulillah......
Perkataan yang sangat sesuai untuk Piweet sebut bila Kajian Tindakan dah beres...huhu
Sebab dah beres kajian ni la, Piweet mula mengupdate blog Piweet yang dah bersawang ni
Ermmm rasanya dah lebih daripada sebulan Piweet tak update blog ni...hehehe
Sebabnya piweet sangat sibuk untuk siapkan internship dan kajian Piweet...
Dan dengan rasminya kajian piweet dah SIAP dan akan mula dijilid pada minggu hadapan...hoooorayyyy
So, mulai hari ni Piweet boleh luangkan masa kembali untuk kongsi maklumat dan info2 dengan korang semua....huhuhu

Yeeeyyy...i"m done....ce tengok muka tu, hepy gilerrr kot...hahaha
5 tahun setengah belajar, nak siapkan benda ni ja... So, bila dah siap, Allah saja yg tau perasaan tu..


Lagi 1 berita gembira ialah Piweet jugak dah bentang kajian di peringkat IPGKKB
Alhamdulillah lagi, semuanya berjalan dengan baik...
Syukur sangat2 sebab Piweet dapat bentang dengan baik seperti yang Piweet rancang
Piweet dah buat yang terbaik, dan Piweet sangat berpuas hati dengan pembentangan hari tu...(cewahh)
Soalan2 daripada penilai pon dapat jawab dengan baik (kot jela..hehehe)
Kalau xcaya, try tengok gambar masa Piweet present ni....ada macam PM tengah berucap x???hehehe

Ehemmmm....best nya dia ni bentang....hahahaha (perasan)..Ni la masa Cikgu Piweet tengah bentang

Mr. Gan Teck Hock...lecturer Pedagogi Mt... Banyak sangat ilmu yg dapat drpd beliau..Thank Sir @_@

Seminar Penyelidikan Tindakan @ Viva : Pengalaman permulaan yang sangat berguna untuk Piweet untuk sambung pengajian ke tahap yg lebih tinggi.... InsyaAllah kalau ada rezeki nak sambung 2nd Degree pulak (mungkin sambung dengan isteri la kot....hahaha)

Alhamdulillah.... 
Piweet jugak nak ambik kesempatan ni nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah penyelia Piweet iaitu Dr. Hjh Zunariah, Thank Dr sebab banyak tunjuk ajar & tolong saya
Ayah, Mak & Family yg sentiasa doakan Piweet
Mak Piweet buat kenduri baca Yassin khas untuk Piweet nak bentang kajian ni ja... Thank Mak & Ayah
Pensyarah2 & Kawan2 yang banyak tolong
(dah jadi dedikasi mcm dalam laporan kajian la pulak...huhu)

Akhir sekali apa yang Piweet nak cakap ialah....
Aku bersyukur padaMu, Ya Allah
Apa yang berlaku ni semua adalah kekuasaan dan pertolongan daripada Mu
Kau luaskan & permudahkan lah jalanku untuk menjadi seorang Guru
Seorang guru yang dapat menyampai ilmu-ilmu Mu dengan baik
Seorang guru yang dapat mendidik manusia supaya bertaqwa kepada Mu
Seorang guru yang dapat mendidik manusia mencintai Mu....
InsyaAllah


0 comments: