Monday, March 19, 2012

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2012

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia akan diumumkan pada 21 Mac 2012. iaitu pada hari rabu ini. Mesti ramai budak2 SPM yang tengah tunggu keputusan ini berdebar-debar giler...hehehe... Sama la macam Piweet dulu. Mana taknya, SPM lah salah satu penentu masa depan kita kan..betul tak???

Jadi, kepada pelajar lepasan SPM atau Matrikulasi KPM telah buka permohonan untuk kemasukan PISMP ambilan Jun 2012. Tarikh mula ialah 22 Mac 2012 dan tarikh tutup permohonan ialah 5 April 2012. Cepat-cepat lah isi ya. Nasihat daripada cikgu Piweet "memang best jadi seorang GURU dan tidak mudah yang disangka untuk menjadi seorang GURU"...hehehe

double klik untuk besarkan. kalau nak lagi besar save picture and zoom sesuka hati anda...huhu... Keratan akhbar daripada Mingguan Malaysia edisi 18 Mac 2012

Thursday, March 15, 2012

TIADA LAGI GURU TIDAK TERLATIH MULAI TAHUN INI - GRADUAN IPGM BERTARAF DUNIA



Lebih 80 ribu permohonan untuk menjadi guru, diterima institut pendidikan guru, setiap tahun.

Namun, hanya kira-kira 5 ribu permohonan diluluskan.

Wartawan Pang Chinn Fei melaporkan, saringan ketat dilakukan agar latihan diberi mampu melahirkan guru berkualiti.

Dan mulai tahun ini, tiada lagi guru tidak terlatih ditempatkan di sekolah.

Sebelum ini, guru tidak terlatih  diambil bagi mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah.

Namun, menurut rektor IPG, Datuk Haili Dolhan, ia kini sudah diatasi.

Datuk Haili Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru: "Kemungkinan mereka yang diambil mengisi kekosongan, sementara menunggu guru terlatih, mereka tidak ada latihan secara rasmi, itu mungkin menyebabkan persepsi orang kata, sesiapa saja boleh jadi guru, tetapi mulai tahun ini, memang kita tidak ada mengambil guru2 tidak terlatih."

Sambil terus memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris, sejak 2010, IPG turut menambah guru Bahasa Inggeris berkualiti dengan menggunakan jurulatih utama luar negara dan penutur jati bahasa itu.

Latifah Mahamud, Pengarah, Sektor Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru: "Guru2 yang lahir dari ipg, adalah guru2 baru, novice teachers jadi kita tidak perlu mengharap guru2 yang baru keluar ini akan ada kemahiran yang telah dipunyai guru2 yang 15 tahun mengajar."

Bagi graduan yang baru menghabiskan program ijazah sarjana muda perguruan, niat mereka jelas, mahu mencurahkan jasa kepada anak bangsa.

Thilagam Birma, Graduan IPG: "Guru yang kelahiran ipg sebenarnya bertaraf dunia, yang itu kita boleh lihat pada masa akan datang, di mana kami bakal mengubah dunia pendidikan dengan mendidik anak bangsa generasi akan datang dengan lebih bermutu."

Chong Yen Xie, Graduan IPG: "Kami mempelajari psikologi kanak2 daripada perangai kanak2 kami dapat mengetahui apa masalah kanak2 sebenarnya."

Mohd Haiful Insan Hussein, Graduan IPG: "Kami dapat membina jati diri sebagai seorang guru yang akan memberi jasa secara ikhlas kepada masyarakat."

Semua graduan IPG ini sudah mendapat tempat di sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Pang Chinn Fei/ chinnfei@tv3.com.my: "Guru berkualiti disifatkan bukan saja mahir dalam subjek yang diajar tetapi perlu lengkap dengan pengetahuan ICT, lebih cerdik daripada anak murid, dan boleh menjawab segala persoalan dibangkitkan. Lebih penting, guru perlu menunjukkan contoh terbaik, dengan keperibadian dan sahsiah yang tinggi bagi memartabatkan profesion ini. Pang Chinn Fei, TV3



Sumber : Buletin Utama TV3

Thursday, March 8, 2012

Saraan Baru Perkhidmatan Awan (SBPA) DIMANSUHKAN, Skim Saraan Malaysia (SSM) DITAMBAH BAIKAN


PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Jan tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
Katanya ia berdasarkan kepada perbincangan Cuepacs dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini di mana pengumuman itu dibuat. 
"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui pemberita selepas itu.

Pada perhimpunan itu Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.

Omar berharap pengumuman itu disambut baik 1.4 juta penjawat awam dan tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.

Mengenai penubuhan suruhanjaya yang akan turut disertai wakil Cuepacs untuk mengkaji secara menyeluruh perkhidmatan awam Malaysia, beliau berharap suruhanjaya itu akan memberi tumpuan kepada tuntutan Cuepacs yang lain.

Mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) beliau berkata, PTK kekal dimansuhkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini dan diganti dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng berkata pengumuman Perdana Menteri itu turut menggembira kaum guru.

"Ia jelas menunjukkan golongan pendidik tetap diberi keutamaan oleh kerajaan kerana kenaikan pangkat tidak perlu menunggu masa yang lama iaitu selama 10 tahun," katanya.

Kerajaan mengumumkan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip "time-based" pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang dimumkan dalam Bajet 2012. - BERNAMA

Sumber : Harian Metro