Thursday, March 15, 2012

TIADA LAGI GURU TIDAK TERLATIH MULAI TAHUN INI - GRADUAN IPGM BERTARAF DUNIA



Lebih 80 ribu permohonan untuk menjadi guru, diterima institut pendidikan guru, setiap tahun.

Namun, hanya kira-kira 5 ribu permohonan diluluskan.

Wartawan Pang Chinn Fei melaporkan, saringan ketat dilakukan agar latihan diberi mampu melahirkan guru berkualiti.

Dan mulai tahun ini, tiada lagi guru tidak terlatih ditempatkan di sekolah.

Sebelum ini, guru tidak terlatih  diambil bagi mengatasi masalah kekurangan guru di sekolah.

Namun, menurut rektor IPG, Datuk Haili Dolhan, ia kini sudah diatasi.

Datuk Haili Dolhan, Rektor, Institut Pendidikan Guru: "Kemungkinan mereka yang diambil mengisi kekosongan, sementara menunggu guru terlatih, mereka tidak ada latihan secara rasmi, itu mungkin menyebabkan persepsi orang kata, sesiapa saja boleh jadi guru, tetapi mulai tahun ini, memang kita tidak ada mengambil guru2 tidak terlatih."

Sambil terus memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris, sejak 2010, IPG turut menambah guru Bahasa Inggeris berkualiti dengan menggunakan jurulatih utama luar negara dan penutur jati bahasa itu.

Latifah Mahamud, Pengarah, Sektor Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru: "Guru2 yang lahir dari ipg, adalah guru2 baru, novice teachers jadi kita tidak perlu mengharap guru2 yang baru keluar ini akan ada kemahiran yang telah dipunyai guru2 yang 15 tahun mengajar."

Bagi graduan yang baru menghabiskan program ijazah sarjana muda perguruan, niat mereka jelas, mahu mencurahkan jasa kepada anak bangsa.

Thilagam Birma, Graduan IPG: "Guru yang kelahiran ipg sebenarnya bertaraf dunia, yang itu kita boleh lihat pada masa akan datang, di mana kami bakal mengubah dunia pendidikan dengan mendidik anak bangsa generasi akan datang dengan lebih bermutu."

Chong Yen Xie, Graduan IPG: "Kami mempelajari psikologi kanak2 daripada perangai kanak2 kami dapat mengetahui apa masalah kanak2 sebenarnya."

Mohd Haiful Insan Hussein, Graduan IPG: "Kami dapat membina jati diri sebagai seorang guru yang akan memberi jasa secara ikhlas kepada masyarakat."

Semua graduan IPG ini sudah mendapat tempat di sekolah termasuk di kawasan pedalaman.

Pang Chinn Fei/ chinnfei@tv3.com.my: "Guru berkualiti disifatkan bukan saja mahir dalam subjek yang diajar tetapi perlu lengkap dengan pengetahuan ICT, lebih cerdik daripada anak murid, dan boleh menjawab segala persoalan dibangkitkan. Lebih penting, guru perlu menunjukkan contoh terbaik, dengan keperibadian dan sahsiah yang tinggi bagi memartabatkan profesion ini. Pang Chinn Fei, TV3



Sumber : Buletin Utama TV3

0 comments: