Thursday, September 29, 2011

TEKA-TEKI IMAM AL GHAZALI KEPADA MURIDNYA


1) Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

2) Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan 
datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3) Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU 

(Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita 
membawa ke neraka


4) Imam Ghazali: Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH 

(Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak
mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi 
manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.


5) Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini 

adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat


6) Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH 

MANUSIAKerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai 
perasaan saudaranya sendiri.


Memang menarikkan teka-teki ni. Penuh dengan makna tersirat yang sangat berguna.. 
Sama2 la kita ambil pengajaran dan iktibar drpd teka-teki ni...=)




[Sumber]

Tuesday, September 27, 2011

AIRASIA BUAT PROMOSI LAGI

Airasia buat promosi lagi. Ada ja promosi yg best2 ditawarkan. Memang murah kalau nak dibandingkan dengan harga waktu biasa. Piweet pon da banyak kali ambik peluang beli tiket time promosi ni. Tahun lepas pergi Langkawi satu kelas. Awal tahun ritu kami pegi Kota Kinabalu pulak. Minggu depan nak jalan2 kt KL(shopping    tuk raya haji...haha) Insyaallah kalau jadi tahun depan pegi bumi kangaroo, Australia...(oversea la pulak...hehehe). Harga tiket memang tersangatlah murah. Naik bas mahal lagi

Jom kita tengok promosi apa yg Airasia tengah buat skarang ni...








Untuk keterangan lanjut.lawat ja Airasia.com. Macam2 ada kat sana. Kalau nak dapat tiket murah kena la rajin2 usha web dia.....Ok selamat beramal

Sunday, September 25, 2011

SINDROM VIRUS MELATAH

Ehh mak engkau.....
Opocot kau....
Oh mati kau mampus.....
(memandai ja reka sendiri...hihi)
Kiut bangat aksi melatah  ni...nak jgak...haha

Tadi pegi hypermarket beli roti burger. Pastu dia punya casher (perempuan, muda lg..hihi) kuat gila melatah. Sb tu terfikir nk tlis entri ni. Terpikir jugak penyakit melatah ni punca drpd apa erk????

Memang lucu gila tngok casher tu, dia punya melatah tu da tahap serius da...macam2 keluar dr mulut dia. Kawan2 dia plak asyik ganggu dia ja...dok cuit sana, cuit sini...Dia da la casher, mau plak tngah melatah tu, tengah bg duit kt customer..Memang nahas la, baki 5inggit tapi bagi 50inggit...Memang bankrap la hypermarket tu...hehehe

Kadang2 kesian jugak kat orang melatah ni kan... Mesti dorg malu, kalau ngan kawan2 xpe la.. Ni ngan orangg awam pon sama...Lagi2 plak yg melatah smbil berlakon skali, lagi dasyat..hahaha..Orang kata kalau kita asyik kacau org melatah, kta pon boleh melatah jgak taw..hati2 la kpda yg sllu kacau org melatah tu, anda pon akan dijangkiti dengan virus ni..kalau xnak dijangkiti, berenti la ye, kesian2 la kat dorg

Melatah ni punca dr mana erk??? Menurut Dekan Klinikal Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Zain, sistem saraf pusat yang dimaksudkan itu berlaku di bahagian tengah otak. Jelasnya, apabila golongan ini disergah secara serta-merta, sistem limbik (di bahagian tengah otak) terganggu dan boleh menyebabkan mereka terkejut, lalu melatah. Pada saat itu, turut berlaku sedikit konflik emosi dan memori



Jom kita tengok pula tips untuk atasi dan jauhi drpd masalah ni:

TIPS ATASI MASALAH MELATAH

  1. Jangan terlalu rapat dengan orang yang kuat melatah.selagi korang jumpa hari2 selagi tu la korang melatah..
  2. Kemudian pesan pada kawan2,tak suka orang buat korang melatah.
  3. Berbincang secara serius..bukan cakap sambil sengih2..sambil ketawa2..bagitau diaorang yang korang tak suka dipermainkan macam tu.
  4. Terangkan jugak pada keluarga korang nak berubah..supaya diaorang paham dan boleh bagi kerjasama..
  5. Banyak kan berzikir..sebab bila mulut kita ni dibasahkan dengan zikir akan terkubur la mencarut2 ni..
Ok selamat beramal...kalau ada tips2 tambahan boleh la kongsi kt ruangan komen ya....huhu=)


Saturday, September 24, 2011

Contest : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

Segmen ni merupakan segmen pencarian bloglist 
yg Ke-3 Piweet masuk dalam tempoh 24 jam....
Piweet join segmen2 ni smua 
sebab nak tambah friends la....
Pastu senang sangat nk join, follow, copy banner, tulis ckit2 da siap...hehehehe

Mudah kan...Tgu apa lg, jom la join...huhu

Klik banner di atas kalau nk Join sekaki...huhu

Friday, September 23, 2011

SEGMEN : ZARELIQA MENCARI BLOGGER PEMARAH

Piweet mmg seorang yg pemarah (erkk tengok ayat cikgu math). Anak murid mmg takut kalau ngaja kt kelas...hehehe...Mmg cukup layak la nk masuk segmen ni...hehehehe

Erkkk sory der...Ni SEGMEN : ZARELIQA MENCARI BLOGGER  PEMARAH PERAMAH LA

Ermmm PERAMAH pon boleh la...hihi
Peramah pon rasa cukup jgak...hehehe


Jom join skali....KLIK gambar kiut di atas

SEGMEN JOM KENAL BLOGGER MALAYSIA

Blog Piweet yg bersawang2 ni da dibersihkan taw. Baru nak mula mengaktif balik...hehehe. Buat BW n banyak la jugak org buat segmen2 ni. Nak masuk segmen ni sb senang ja, copy tajuk n banner da siap...hihi
Malas jgak nk masuk segmen2 yg pnjg2 ni...leceh 


Tgu apa lagi...jom la join...Klik Gambar Tuk Join Sekaki...hehehehe
Ok la noh, bubyeeee

Segmen: TAHUKAH ANDA 1?


#T A H U K A H A N D A ?





Oatk ktia mmapu membca apa sjaa aayt wlaauupn eajanyna


 baynk ynag sliap. Dnegan sayart hruuf petrama dan treakihr

 breada pdaa temapt ynag beutl. tiadk pelru membcaa hruuf

 dmei hruuf tetpai sebrais aayt selakigus. Heabtkan?Oatsaipa

 ynag msaih brefngusi


Thnaih kreana brejyaa mbemaca spamai hbais......=) 

Thursday, September 22, 2011

AIDILFITRI 2011 - Part 1

Bulan Syawal da nak habes da. Hari ni baru sempat nak belek2 gambar raya ari tu... Raya tahun ni tak berapa meriah sangat sebab kakak yang sulung balik raya rumah mertua dia. Lepas tu Mak Cik dan Pak Lang piweet pon raya dekat rumah mertua depa. Jadi kat rumah tak ramai sangat la, kalau ramai ni best sikit suasan raya tu. Apa2 pon raya tetap raya....hehehehe


Keluarga Tercinta
Sayang mereka semua
Adik yg bongsu
Persalinan biru tahun ni...huhu
Setahun sekali nak berpoosinggg cam gini....hihi
Bila dah msuk t/hari jadi pulak mcm ni....hehehe
Dah ramai cikit. Kakak, mak cik n pak lang da bilik raya sini....
Dalam perjalanan nk beraya ke rumah sedara2

Ramai yg berenti bergambar kt sini...cantik tempat ni
Tasik Pedu + Tasik Muda...tak jauh dari umah piweet=)
Manja....Anak buah yg pertama...Dia sangattt kiut...hihi
kiut kan kami berdua=)hihihihohoho
Raya ke-4 kami sekeluarga di Sunway Carnival Theme Park SP=)

Friday, September 16, 2011

PLANET STAR WARS DITEMUI


Fiksyen Sains bertukar menjadi realiti . Planet yang dicipta dlm filem STAR WARS telah ditemui oleh Saintis US. Planet yg  yang diberi nama Tatooine yang mempunyai dua matahari betul2 wujud. Betul Ke? Nak tau dengan lebih lanjut jom baca berita daripda kosmo ni....


NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - fiksyen sains bertukar menjadi realiti apabila beberapa saintis menemui sebuah planet yang dikelilingi dua matahari, lapor sebuah akhbar semalam.
Penemuan itu dibuat lebih tiga dekad selepas fenomena tersebut pertama kali digambarkan dalam filemStar Wars. Satu adegan filem fiksyen sains berkenaan menunjukkan aktor Luke Skywalker berjalan di permukaan sebuah planet dengan dua matahari kelihatan di langit planet itu yang dikenali sebagai Tatooine.
Lebih tiga dekad kemudian, saintis-saintis AS menemui sebuah planet serupa yang dikenali sebagai Kepler-16b.
Saiz planet berkenaan sebesar Planet Zuhal dan ia terletak pada jarak 200 tahun cahaya dari Bumi.
Saintis-saintis AS membuat penemuan itu dari kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).
"Kita akan dapat melihat dua matahari pada waktu senja di planet itu," kata beberapa saintis berkenaan.
Seorang saintis Institut Carnegie di AS, Alan Boss memberitahu, planet Kepler-16b dikelilingi dua bintang.
Satu tahun di planet itu bersamaan dengan 229 hari di Bumi.
"Sekali lagi, apa yang dipaparkan dalam sains fiksyen bertukar menjadi realiti," kata Boss. - Agensi 

Thursday, September 15, 2011

KISAH LABAH-LABAH BUNCIT



Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih besar daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang itu. Kemudian ia menambah di sekeliling sarang itu. Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Dia menangkap mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari semakin besar. Perutnya buncit. Dia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.

Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu lagi dari arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit makan kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba salah. Labah-labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah timur. Labah-labah buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya. Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.

Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-labah buncit semakin terjerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti. Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.

Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang terjerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu. Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di perutnya. Sejak itu dia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya pun ramping kesan daripada kene cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah kecil dan ramping.

*** Cerita ni sebenarnya piweet guna tuk ajar tuisyen BM tahun 3... Selepas baca cerita ni, dorg kena cari kata kerja kerja yg ada dlm cerita ni...pastu dorang kena bina ayat darpd perkataan tersebut...hehehe...Ok x aktiviti yg piweet nk buat ni? Biasa la cikgu math tp kena ajar BM plak...mmg bidang terjun la...Harap2 aktvt ni ok...hehehe

Wednesday, September 14, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 2

Sekarang tengah busy dengan asyment
Ada lagi 2 asyment yg nk kena siapkan....huhu
Ahad minggu dpan da kena anta.....hurrrmmmm
Tapi sebelum buat asyment kena layan Movie lu...hihi
Baru ada feeling nk buat asyment....
Currently, i'm watching City Hunter

Best jugak cerita ni
Heroin cun giler...huhu
Jom layan sama2....=)

Tuesday, September 13, 2011

KELEBIHAN PUASA 6 DI BULAN SYAWAL


KELEBIHAN PUASA 6 DI BULAN SYAWAL

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.

Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.

Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.

Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.

Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.

Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.


RAMADHAN PERGI SYAWAL PULA DATANG

Ramadhan sudah dua mingu berlalu dan Syawal sudah dua minngu bersama kita... Lagi dua minggu Syawal pon akan berlalu..hehehe. Macam mana dengan PUASA 6 korang???Dah xlama da ni, tinggal 2 minggu ja lagi!!!!


Alhamdulillah piweet dah dapat 4 hari, tinggal 2 hari ja lagi nak raya 6. Mesti ramai da yang raya 6 kan. Tak susah sebenarnya nak puasa 6 ni sebab kita da dilatih puasa sebulan sebelum ni kan.. Cuma nak stat tu ja yang susah.....hehehehe... Rugi sebenarnya kepada seseiapa yang x amal puasa 6 ni sebab pahala dia ibarat seperti puasa sepanjang tahun... Besar ganjaran yg Allah bagi kan

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)

Rugi seruginya kepada sesiapa yg x ambik peluang untuk berpuasa 6 hari di bulan syawal ni... Piweet harap piweet dapat habiskan 6 hari berpuasa ni....Insyaallah