Friday, November 5, 2010

TIPS UNTUK MENJADI RAJIN

gambar hiasan
Lagi dekat dengan exam lagi rasa malas. Tolong2 kenapa la malas sangat ni. Exam baru lepas 1 paper, ada 4 paper lagi tapi rilex macam budak baru lepas UPSR. Huhhhh memang teruk la kalau berterusan macam ni. Dah try banyak kali nak focus study tapi memang tak boleh. Buka ja buku, terus rasa mengantuk, 


Lagi-lagi sekarang ini asyik hujan, sejukkkkk. Memang tergugat la semangat nak study  ni. Baru study setengah jam, dah rasa mengantuk. Pastu tidur sampai 2, 3 jam plak 2. Adakah ini dinamakan study? Oh tidak sama skali. Ini dinamakan stuDo. Tolong-tolong dah kronik sangat ni. Sapa yang ada ubat untuk jadi rajin. Nak beli, nak beli, tak kisah bapa pun harganya (elaun baru masuk..hahaha).Tak nak tunggu malam nak exam baru jadi rajin...hahaha




Tapi memang betul, malam nak exam memang student akan jadi rajin dengan serta merta. Yang dasyat lagi 2, sampai tak tido malam tu study. Fuhhh memang rajin la budak-budak ni. Yang mengadap laptop 24 jam pun dengan serta merta tutup laptop dan siap simpan dalam almari lagi tu. Keluar makan pun dekat kedai2 dekat ngan rumah @ hostel ja. Pastu siap ada yang pesan kat member pun ada sebab busy sangat-sangat nak study. Budak mana la ni, anak sapa la ni.??? Sapa2 yang baca entri ni jangan terasa pulak, sebab tiada kaitan pun dengan sesiapa termasuk la pengarang ni. Ini cuma situasi untuk menggambarkan betapa dasyatnya panahan malam exam. Bagus ka study macam ni? Tak berapa bagus sangat taw study macam ni. So jangan ikut k. Tapi bagus la jugak daripada tak study langsung kan?


Sebenarnya tak ada ubat untuk bagi rajin. Tapi hanya ada beberapa tips untuk MENJADIKAN kita rajin dan membuang sikap malas. Sama-samalah kita amalkan.

Tips Menjadi Rajin

Saya ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas. Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.
1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.

Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda meneruskannya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai.


5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.

Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.


0 comments: