Tuesday, November 23, 2010

KCL9695 PULANG KE KAMPUNG MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN

Da sampai penghujung persekolahan da buat tahun 2010. Begitu pantas masa berlalu. Tamatnya sesi persekolahan 2010 menunjukan bahawa sudah 3 tahun setengah saya berada di bumi kelantan dan di IPG KKB khususnya. Tinggal 2 tahun sahaja lagi masa untuk bergelar guru pelatih sebelum bergelar guru terlatih. Kalau difikirkan masa 2 tahun tu terlalu lama jugak kan tapi bila fikirkan 1 semester memang ianya satu tempoh masa yang singkat. Sebagai contoh bila sampai ja musim exam, terus rasa cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru ja exam, da nak kena exam balik kan. Mesti korang pon ada rasa macam ni kan hehehe. 

Semester ni merupakan semester kedua untuk tahun kedua saya. Jadi cuti kali agak panjang la berbanding dengan cuti semester 1. Cuti kali ni sama dengan cuti sekolah. Biasala da nak jadi cikgu kan. Bila sekolah cuti ja saya pon akan cuti. Cuti kali ini juga diawalkan beberapa hari kerana bertembung dengan Hari Raya Korban. Selepas tamat ja peperiksaan, semua pelajar akan akan pulang ke kampung bagi menyambut hari raya termasuklah saya. Pada kali ni saya pulang ke kampung untuk beraya dan bercuti bersama-sama dengan KCL9695 iaitu moto kesayangan saya. Maksudnya saya pulang ke kampung dari Kota Bharu ke Sik dengan menaiki moto. Ini bukan kali pertama saya menaiki moto untuk pulang ke kampung. Sudah 3 semester saya berulang alik dari Kota Bharu ke Sik bila tibanya cuti semester.

 
Bergambar bersama KCL dan KCN di atas puncak Grik
Ni la member gua yg sllu balik hgan gua. Nama dia Irfan, nama glamor Pak Abu.
  
Pemandangan diatas perhentian puncak bukit

0 comments: