Saturday, October 8, 2011

PEMBENTANGAN BAJET 2012




Pembentangan Bajet 2012 telah berlangsung pada 7 Oktober 2011 di bangunanParlimen oleh Perdana MenteriDatuk Seri Najib Razak. 
Antara isi-isi kandungan Bajet 2012 adalah:-

1) Tangani Inflasi
    - Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3000
    - Penerusan subsidi bil elektrik RM20
    - Penerusan subsidi,insentif dan bantuan berjumlah RM 33.3 billion

2) Kakitangan awam
    - Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
    - Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
    - Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
    - Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

3) Pesara Kerajaan
    - Bayaran khas RM3000 kepada bekas anggota,duda dan balu polis khas dan polis   tambahan
    - Kenaikan pencen 2 peratus setahun
    - Bayaran bantuan RM500

4) Peneroka FELDA
    - FELDA Global Ventures Holding disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
    - Peneroka akan dapat durian runtuh

5) Perumahan Rakyat
    - Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
    - 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
    - Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat

6) Sektor Swasta
    - Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5000 dinaikkan kepada 13 peratus
    - Pelepasan cukai sehingga RM3000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
    - Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta

7) Warga Emas
    - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia
    - Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

8) Pelajar
    - Yuran sekolah percuma
    - Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
    - Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan IPTS


[SUMBER]

11 comments:

Anonymous said... [Reply]

Not bad...

Piweet said... [Reply]

Alhamdulillah....Ada yg bgus n masih ada yg kurang...=)

Cik Sara said... [Reply]

bajet oh bajet.. gaji naik..barang pun naik.. ongkos sara hidup pun naik.. Bila masanya taraf hidup nak berubah?? betul tak? smpai bebila pun kat situ juga..

Piweet said... [Reply]

@cik sara: betul tu...hrga barang mmg xakan turun, akan naik dan trus naikkk...juma kerajaan ja yg hrus kawal smua ni agar x terlalu membebankan org pndptn rendah ni..org kaya mmg x kisah brg murah ke mahal tp org pendapatan rendah mmg satu yg perit tuk mrka...(juma pndngan ja)huhu

Ezad Skytech said... [Reply]

takut harga barang akan turut naik je tahun depan ni...

Bui Junaidi said... [Reply]

syukurlah naik jugak gaji..wpun sedikit tp ada jugak kan..*_*

Piweet said... [Reply]

@Ezad: rsa mmg akan naik lagi...kesian kan tuk org berpendapatan rendah

Piweet said... [Reply]

@bui: Alhamdulillah...Betul tu Bui, rasanya bnyak jgak bantuan yg diberikan tuk bajet kali ni....gaji pun naik jgak drpd x naik lgsung...lebih baik bersyukur drpd asyik nk komplen ja...lebih baik bersyukur sedetik drpd asyik nk komplen ja, hati pun xtenang...sebabtu asyik nampak yg buruk ja...yg baik xpenah nampak

sue perbs.. said... [Reply]

bgus info ni.. sy dtg dri segmen tmbh follwer dan dah folo awak

Golden Rose said... [Reply]

good info...thanks for sharing

Piweet said... [Reply]

@sue perbs & G.Rose : welcome...sharing is caring...hehehe=)