Saturday, October 23, 2010

Malam Penentuan Buat (Kedah dan Kelantan) & (Johor FC dan Negeri 9)

Pada kali ni piweet ambik kesempatan untuk mencertakan tentang Piala Malaysia. sedia kita maklum PM telahpun masuk ke peringkat separuh akhir kedua dengan menyaksikan Kedah dan Kelantan menyikat seri 0-0 di stadium darulaman dan Johor FC bertemu dengan Negeri 9 dengan berkesudahan Johor FC meyikat Negeri 9 1-0.

Keputusan Separuh Akhir Pertama 

KEDAH   VS   KELANTAN
0 - 0 

JOHOR FC   VS NEGERI SEMBILAN
1 - 0 

Perlawanan separuh akhir kedua akan bermula dalam bebrapa detik sahaja lagi.  Malam ini akan menjadi hari penentuan buat (Kelantan dan Kedah) & (Johor FC dan Negeri 9) yang akan membuat perhitungan pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia. perlawanan antara Kedah dan Kelantan akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Piweet percaya yg stadium Sultan Muhammed 1V akan penuh dengan penyokong2 kelantan dan kedah. kedai-kedai makan juga turut dipenuhi oleh penyokong kedua-dua pasukan yang tidak berkesempatan untuk ke stadium. Piweet sebagai anak jati KEDAH akan menyokong pasukan kedah habis-habisan. "PULUN KEDAH PULUN" merupakan slogan hikmat buat pasukan kedah. Bagi pasukan kelantan pula piweet turut merasa bangga kerana negeri yang sedang piweet merantau ini turut menempah tiket ke final bersama-sama dengan negeri kelahiran piweet sendiri iaitu Kedah. Bagi piweet kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan dan strategi masing-masing untuk menang. apa yang piweet nak tekankan disini kalah dan menang adalah adat pertandingan. tak kira pasukan mana yang menang, sebagai penyokong kita haruslah menerima dengan hati yang berbuka @ pun orang cakap bertindak dan berfikir secara profesional. jangan jadikan kekalahan pasukan anda sebagai alasan untuk anda memberontak. piweet sngat2 berharap kedua-dua perlawanan pada malam ini akan berlangsung dengan baik, aman, dan penuh dengan nilai kesukanan. 

Bola itu bulat, jadi sebarang kemungkinan boleh berlaku. selagi wisel penamat tidak dibunyikankan, keempat-empat pasukan lawak untuk ke final Piala Malaysia. marilah kita bersama-sama menyokong pasukan pilihan masing-masing kerana sokongan anda adalah minuman Tongkat Ali buat setiap pemain.....hahahaha
ok la ye, piweet da nak gerak ke Stadium ni...babaiiiiiiii

0 comments: