meleleh air liur....sedapnyaaaa |
Sejak seminggu dua ni, teringinnnnn sangat nak makan spaghetti. Spaghetti oh spaghetti di mana kamu???Pizza hut, mahal sangat la. Mana la ada duit. Sekarang ni hari-hari makan nasi kat kedai 2inggit ja taw sebab nak jimat. Kadang2 makan sehari sekali ja. (sedih2) Memang pokai habes kali ni. Elaun ntah bila la nak masuk. Duit sekarang dah negatif dah. Tak dapat la nak makan spaghetti. Sapa boleh tolong saya???? Tolong masakkan spaghetti untuk saya, saya da kempunan sangat da ni...hehehe...kalau xreti nak masak, ni saya bagi resepi:
Spaghetti Meatball
Bahan bahan:
1bungkus spaghetti mentah, 20 (atau terpulang kepada kemahuan) bebola daging (meatball), celery, asparagus, salad, sosej, lobak merah (carrot), 3 ulas bawang putih, serbuk parsley, sebotol kuah spaghetti tomato.
Cara cara:
Penyediaan spaghetti:
Masak dan toskan sebungkus spaghetti mentah sehingga kering.
Gaulkan spaghetti yang telah kering tadi dengan marjerin atau minyak masak untuk menghalang spaghetti daripada kering dan melekat
Sediakan salad segar untuk sayuran tambahan berasingan
Penyediaan kuah spaghetti:

Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dalam kuali sehingga naik bau
Masukkan kuah spaghetti bersama bawang putih yang ditumis. Gaul hingga panas. Tambahkan sedikit serbuk parsley
Tuangkan meatball (boleh masukkan sebiji sebiji atau potong separuh jika terlalu besar) ke dalam kuali. Tambah air jika perlu. Masak dalam kira kira 5 minit untuk melembutkan meatball tadi
Masukkan bahan bahan lain seperti sosej dan sayur sayur yang telah dipotong. Tunggu hingga 5 minit lagi
Tuang kuah spaghetti ke dalam bekas.
***Kuah meatball dan spaghetti boleh disediakan berasingan atau terus dicampur, bergantung kepada selera atau kemahuan.
Resepi dah ada. Apa tunggu lagi, boleh la masak spaghetti. Kalau dah siap 2, anta la sikit dekat PT2681 Taman Desa Kemumin k...hehehe...ok selamat mencuba
0 comments:
Post a Comment