Tuesday, October 26, 2010

GURU PELATIH & BINA INSAN GURU (BIG)



Program Bina Insan Guru Fasa 4 ini telah dijalankan pada 23/10/2010 di kampung Chenderung Batu, Wakaf Bharu. Tema BIG kali ini ialah khidmat komuniti. Program ini banyak mendapat kerjasama daripada pihak luar seperti ADUN Wakaf Bharu dan Sinar Harian. Program ini telah disiarkan oleh Sinar Harian yang bertarikh 24/10/10. Tujuan utama piweet menulis entri ialah untuk memaklumkan kepada anda bahawa piweet adalah salah seorang guru pelatih yang terpapar di dalam berita di atas. Cuba anda teka, yang mana satu kah piweet....hehehe...kalau anda semua nak tahu, yang memegang mesin rumput dan berhelmet itulah piweet. Lawak plak rasa bila tengok gambar tu. Mana tak nya mesin rumput siap berhelmet lagi tapi style jugak kan. Ini merupakan pengalaman pertama piweet memesin rumput. Bagi piweet, memesin rumput bukan satu perkara yang mudah. Memesin rumput juga merupakan satu pekerjaan yang memenatkan. Balik sahaja daripada program ini, seluruh badan rasa lenguh ja terutama pada bahagian tangan kiri. Fuhhh baru la piweet sedar yang betapa letih dan penatnya pekerja-pekerja yang  melakukan pekerjaan sedemikian. Kita harus berterima kasih kepada mereka kerana sanggup melakukan kerja-kerja sedemikian. Tanpa mereka bagaimana keadaan persekitaran kita sekarang.

0 comments: