Showing posts with label CERITA AKU DAN KAMU. Show all posts
Showing posts with label CERITA AKU DAN KAMU. Show all posts

Friday, April 29, 2011

KENANGAN PRAKTIKUM FASA 1

Ni merupakan gambar2 sepanjang berpraktikum di SK Pantai Senak. Nak tau lbih lanjut cerita pasal praktikum piweet ni KLIK SINI.

Ada gaya macam cikgu x...haha


I'm a mathematics teacher...huhu
Cikgu laki pun boleh hias buku RPH bagi cantik jugak. Bukan cikgu pompuan je...hihi
Poossssse sikit....=)
Lagi 2 orang cikgu yang berpktkum kat sklah ni, Cikgu Izat N Cikgu Mazlan.
Awat mata c. Mazlan 2, x cukup tidoq ka...hahaha
Barisan Guru SK Pantai Senak












Masih segar dalam ingatan
Masa ngajar tajuk MONEY
Hasil observe kali pertama oleh pensyarah. Alhamdulillah berpuas
hati dengan markah yg diberi. Namun bnyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.
Bersama-sama pelajar lelaki 5 Cemerlang.  Gambar blur sb budak yg ambik gambar ni.
Hahaha....hadiah drpd pelajar. Bnyak kan. Biasa la cikgu ksayangan kata kan...hihihi..TQ semua
sekitar kawasan sekolah
Time aktiviti kokurikulum (pengakap)
Semat cikgu2 pengakap ni...kikiki
Aktiviti waktu malam bersama-sama cikgu2 SKPS

SATU PERMULAAN SEBAGAI SEORANG GURU

Tanggal 20/3/2011 hingga 14/4/2011 telah pun berlalu tetapi kenangannya masih ku ingati hingga sekarang. Saat manis, riang, pedih, sakit masih ku rasa himgga saat ini. Cewahh jiwang gila ayat hahaha.. Tarikh ni merupakan tarikh praktikum pertama piweet. Piweet baru sahaja selesai menjalani praktikum fasa 1. Jadi entri kali ni, piweet nak cerita pasal pengalaman semasa menjalani praktikum tersebut. Praktikum ni dijalankan di SK Pantai Senak, Bachok, Kelantan. Sekolah ni xla jauh sangat daripada rumah sewa piweet. Lebih kurang 10-15 minit perjalanan. Banyak kenangan manis dan pahit yang ada semasa piweet buat praktikum kat sekolah ni. Piweet cerita yg best2 dulu noh. Cikgu2 kat sekolah tu memang sempoi2 belaka especially cikgu lelaki. Memang terbaik la diorang ni. Cikgu2 perempuan pun sempoi jugak juma piweet xsempat nak beramah mesra dengan depa sangat. Dengan cikgu laki memang xda hal, da boleh buat macam kawan sendiri da tapi ada jugak la batas2 yang kena jaga. Cikgu2 ni slalu lepak kat kantin, kalau xda kelas ja, mesti dorang ni lepak kat kantin tapi time xda kelas jela time ada kelas cikgu2 ni masuk kelas. Time makan la sllu bersembang ngan cikgu sekolah tu. Kadang2 sampai naik risau jugak sebab lama sangat makan kt kantin. RPH xsiap lagi, ABM xbuat lagi tp bersembang kencang lagi kat kantin. Mana taknya baru nak bangun cikgu lain  plak yang mai ajak sembang. 

Selain tu, cikgu2 laki sekolah tu aktif bersukan. Malam selasa main bdminton, malam rabu main bowling, petang rabu main bola tampar. Memang penuh la jadual riadah piweet. Sampai skrg piweet join lagi ngan cikgu2 ni walaupun da habes praktikum. Sebab tu la piweet rapat ngan cikgu2 kat situ. Lepas tu GB dia pun sempoi. Muka rilex cool ja. Boleh la kauting kalau nak cuti...hahaha. Lagi satu masa ktorg buat jamuan masa hari terakhir praktikum GB sponsor RM100. Lepas 2 ada plak cikgu laen yg sponsor sama. Huhhhh jimat duit den, ramai yg sponsor, rezeki2. Nampak x, cikgu2 sklah ni baik kan. 

Murid2 sklah ni pun terbaik lagi2 kelas yang piweet ajar. Tapi dorg ni pun nakal jugak. Biasa la kan budak2. Tapi yang best nya time lecturer piweet observe dorng ni memang gempak habes. Automatik jadi baik. Bila piweet tanya solan rebut2 nak jawab. Sebelum ni kalu tanya, puas la jugak nak dapat respon. Time ngajar dalam kelas, piweet garang tau. Kalau x garang, budak2 ni suka main, kacau kawan dan macam2 kerenah lagi la. Bila garang dorg takut ckit. Tapi garang pun ada jugak buat lawak dalam kelas. Baru hepening ckit p&p tu. Garang2 pun banyak jugak dapat hadiah taw, hampir 40 hadiah piweet dapat...huhuhu. Bukan apa kalu first kita masuk kelas buat lawak, senyum sokmo, lepas 2 kita buat garang ckit mesti bdak da x takut da. So, first masuk kelas mesti kena garang lu, lepas 2 nak buat lawak, senyum sokmo n jadi garang balik pun xda hal sangat dah. Ni salah satu tips buat bakal2 guru...hehehe

Jom kita sembang plak pasal benda yang xberapa best time praktikum ni. Yang pertama penat nak mampos. Tiap-tiap malam tidur pukul 3 pagi sebab nak siapkan RPH dengan ABM. Mana taknya RPH 4, 5 helai untuk sejam mngajar. Pastu ABM untuk 40 students. Mmg satu tempoh yang sangat perit dan memenatkan. Lagi2 time praktikum tula asyment bertimbun2. Fuhhhh tension2. RPH nk kena buat, asyment nk kena siap. Memang xda masa langsung untuk enjoy time ni. Masa untuk layan movie, cita korea memang da xda time ni. Yang paling best skali time praktikum ni piweet turun hampir 4kg sebab penat sangat. Best la jugk sb da hampir dua tahun taw berat x pernah turun, asyik naik ja....hahaha. Ni kes sb duduk rumah sewa lani. Tapi ni da hbes praktikum, rsanya da naik balik da berat ni. Aduh kena p praktikum lagi ni...hehehe

Keseluruhannya, praktikum kt sklah ni memg best gla. GB baik, cikgu2 baik, students gempak dan banyak lagi la. InsyaAllah klau xda halangan  praktikum Fasa 2 pun nak buat kt sklah ni lagi. Huhu thanks SK Pantai Senak. SKPS memang terbaikkkkkkk

Klau nak tngok gambar praktikum piweet KLIK SINI



Saturday, December 4, 2010

SEMAK SAMAN SECARA ONLINE

Mungkin ramai diantara kita yang tidak sedar bahawa kenderaan kita telah banyak melakukan salah laku trafik @ senang cerita kena saman. Selagi surat saman tak sampai kat rumah kita selagi itu kita tak tau yang kita kena saman. Betul tak???Tau-tau ja nama kita kena blacklist sebab tak bayar saman. Sejak 2 3 hari ni, member2 kat tempat kerja sibuk bercerita pasal saman ni sebab ramai jugak yang kena saman. Ada yang mencecah sampai 10 saman. Mau la dekat RM3000 nak kena bayaq. 

Gambar hiasan

Tak nak la cerita panjang2. Kalau nak tau sekarang ni kita boleh semak saman secara online. Kalau korang nak semak sila klik link ni. Semak Saman Online .

PERHATIAN!!! Sebelum semak tu pastikan jantung anda berada dalam keadaan bersedia ketika menanti paparan laporan saman tersebut. Bukan apa, takut-takut terpacul 10 saman anda, jenuhla nak bayaq. Ok la ye selamat mencuba. Saya dah mencuba dan alhamdulillah saya free daripada saman.hehehe

Thursday, November 11, 2010

EXAM KALI NI MEMANG GILA

Sudah seminggu rasa tak update blog ni. Biasa la busy sangat dengan exam (panahan malam exam) hehehe. Hari ni terfikir la nak update blog sebab gap exam  4 hari. So, boleh la rehat kejap setelah 4 hari berhempas pulas mengadap buku. Tapi entri kali ni pon saya nak story2 pasal exam jugak la. Dah 4 paper habis, tinggal 1 ja la. Best 2 memang la best sebab dah nak habes tapiiiiii semua paper yg da exam suma kantoi belaka. Memang susah gilerrrr la exam kali ni. Xtaw la nak cakap macam mana susahnya, tak boleh digambarkan dengan kata-kata hehehe. Lagi-lagi untuk paper CALCULUS. Kau memang crazy la calculus. Memang susah betol paper ni. Buka ja soalan, terus meleleh air liur tengok soalan lagi2 untuk soalan struktur dan esei. Masa jawab paper ni, xdak pon satu soalan yang saya conform jawapan 2 betol. Kalau soalan yang suruh prove plak, jawapan saya memang tak sama dengan yang dia mintak. Nampak sangat da salah kan, tapi maybe juma dapat markah untuk method  ja tapi kalau method betol la.  Hurmmm memang kantoi la  paper ni. Risau betol la dengan paper ni, takut failed ja. Tapi try la jugak untuk buat semua soalan sebab lecture da pesan untuk buat walaupun tak reti dan salah (macam pelik ja bunyi). Dah lecturer pesan macam tu, so saya menggoreng sakan la sebab memang tak reti hehe. Untuk soalan objektif boleh la jugak buat tapi masa plak tak berapa nak cukup sebab terlalu focus kat soalan sturktur dan esei. Banyak betol la tapi nya. Nampak sanagt memang teruk exam kali ni.

 


As conclusion, exam semester ni memang susah tahap dewa. Harap-harap saya dapat lulus semua subjek ya Lagi-lagi untuk subjek Calculus. Doa-doa la supaya saya lulus k. 15/11 adalah paper terakhir iaitu pedagogi BI. Ni pun subjek killer jugak macam paper calculus. Doakan supaya saya dapat yang terbaik jugak k. Sekian terima kasih.

Monday, November 1, 2010

DEMAM EXAM BERMULA

Alhamdulillah, kuat lagi iman aku
 Dah 3 hari x update blog sebab sekarang ni sibuk prepare nak exam. Nak kata busy sampai tak sempat nak makan tu tak la, sempat lagi nak makan n masak kat rumah tu. Juma sekarang ni nak fokus untuk exam. Tau-tau jela kalau dah buka blog ni, mau 3, 4 jam mengadap laptop. Pastu buku memang ntah kemana la. Entri kali ni juma piweet nak ucapkan GOOD LUCK kepada semua kawan-kawan yang nak amek exam ataupun yang bersewaktu dengannya terutama kepada pelajar-pelajar IPG Kampus Kota Bharu. Ok kawan-kawan, All The Best. Kepada yang menghafal soalan SPOT tu, wish u have big luck k. Kepada yang bawak toyol, hantu raya tu, berhati-hati ke sebab dewan exam dah pasang pagar n pendinding....hehehehe

Tuesday, October 26, 2010

10 Gambar Menarik Sentuhan AdobePhotoshop
















source: http://wahw33d.blogspot.com/2010/08/ 

GURU PELATIH & BINA INSAN GURU (BIG)



Program Bina Insan Guru Fasa 4 ini telah dijalankan pada 23/10/2010 di kampung Chenderung Batu, Wakaf Bharu. Tema BIG kali ini ialah khidmat komuniti. Program ini banyak mendapat kerjasama daripada pihak luar seperti ADUN Wakaf Bharu dan Sinar Harian. Program ini telah disiarkan oleh Sinar Harian yang bertarikh 24/10/10. Tujuan utama piweet menulis entri ialah untuk memaklumkan kepada anda bahawa piweet adalah salah seorang guru pelatih yang terpapar di dalam berita di atas. Cuba anda teka, yang mana satu kah piweet....hehehe...kalau anda semua nak tahu, yang memegang mesin rumput dan berhelmet itulah piweet. Lawak plak rasa bila tengok gambar tu. Mana tak nya mesin rumput siap berhelmet lagi tapi style jugak kan. Ini merupakan pengalaman pertama piweet memesin rumput. Bagi piweet, memesin rumput bukan satu perkara yang mudah. Memesin rumput juga merupakan satu pekerjaan yang memenatkan. Balik sahaja daripada program ini, seluruh badan rasa lenguh ja terutama pada bahagian tangan kiri. Fuhhh baru la piweet sedar yang betapa letih dan penatnya pekerja-pekerja yang  melakukan pekerjaan sedemikian. Kita harus berterima kasih kepada mereka kerana sanggup melakukan kerja-kerja sedemikian. Tanpa mereka bagaimana keadaan persekitaran kita sekarang.

KRITIKAN vs KUTUKAN


Menurut kamus dewan edisi ketiga, kritikan bermaksud analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dan lain-lain. Kritikan juga bermaksud ulasan atau kata-kata tentang keburukan atau kelemahan seseorang atau sesuatu. Manakala kutukan bermaksud perkataan (sumpah) yang mendatangkan kecelakaan, laknat. Jika kita fahami dan analisa kedua-dua maksud ini, kritikan dan kutukan merupakan dua istilah yang membawa maksud yang sangat berbeza. Secara mudahnya kritikan ialah satu teguran yang berasas bertujuan untuk memperbaiki kelemahan seseorang. Manakala kutukan ialah satu tuduhan yang bertujuan untuk menunjukkan kelemahan seseorang itu. 

gambar hiasan

Ada sesetengah pendapat menyatakan kritikan dan kutukan adalah sama. Penggunaan perkataan kritikan dilihat lebih sopan dan beradap. Bagi pandangan piweet kritikan ialah teguran yang positif bertujuan untuk memperbaiki kelemahan seseorang dan kutukan ialah teguran (virus) negatif yang boleh melemahkan lagi  kebolehan seseorang itu. Sebagai seorang yang profesional, kritikan yang dilontarkan kepada kita haruslah diterima dengan minda yang terbuka. Jika kritikan itu adalah benar dan berasas, kita perlu menerimanya dengan hati yang terbuka. Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak nampak kelemahan yang kita miliki dan sukar untuk kita memperakui kelemahan kita sendiri. Oleh itu, jika ada pihak yang ikhlas mengkritik, kita perlu menerimanya dengan minda yang terbuka kerana mereka nampak apa yang kita tidak nampak. 


Sebagai contoh, pencipta-pencipta yang menyertai Program Realiti IDEA yang dianjurkan oleh Ministry of Science, Technology & Innovatio (MOSTI), mereka merasakan bahawa ciptaan mereka telah pun sempurna dari segi fungsi dan sebagainya. Apabila mereka mempersembahkan alat ciptaan mereka, ada sesetengah juri mengkritik ciptaan mereka dan ianya terbukti benar. Oleh itu, kritikan yang diterima itu harus dijadikan penyuntik semangat untuk mereka memperbaiki kelemahan mereka dan menghasilkan ciptaan yang lebih berkualiti. Terdapat seorang peserta daripada rangcangan IDEA telah mencuba nasibnya buat kali kedua setelah cubaan pertamanya gagal. Beliau menggunakan ciptaan yang sama tetapi telah diperbaiki kelemahan berdasarkan apa yang dikritik oleh juri. Juri-juri program itu sangat memuji usahanya dan memberikan komen-komen yang positif terhadap rekaannya itu. 


Kutukan ialah virus yang boleh melemahkan kekuatan seseorang. Kutukan boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri, sedih dan berputus asa dengan apa yang telah dilakukan. Ada juga kutukan yang menyentuh emosi seseorang dan boleh menyebabkan seseorang itu tertekan dan mengalami gangguan emosi. 

gambar hiasan
Jangan risau jika anda dikritik kerana kritikan itu akan membina anda supaya menjadi lebih baik. Setiap manusia tidak lepas daripada kesilapan. Melakukan kesilapan dan kesalahan adalah lumrah kehidupan manusia. Ada pepatah mengatakan beruntunglah bagi sesiapa yang belajar daripada kesilapan dan rugilah bagi sesiapa yang menyatakan kesilapan yang dilakukan adalah satu kisah silam yang harus dilupakan. Kesilapan yang dilakukan kita merupakan satu perjalanan hidup yang akan mematangkan kita semua. Bila anda dikritik, sebenarnya anda menjadi perhatian orang lain dan ada yang prihatin terhadap anda. Anda sepatutnya berterima kasih kepada orang tersebut kerana mengambil berat terhadap anda. Di sini piweet sediakan beberapa tips untuk menghadapi kritikan:
  • jangan terus membela diri sebaliknya dengar dahulu kritikan tersebut dan cuba fahaminya.
  • analisa  kritikan tersebut sebelum anda memberi hujah balas
  • jika anda yakin kritikan itu betul dan tujuan kritikan adalah untuk membina anda, terima dengan hati yang terbuka.
  • jika anda mushkil dengan kritikan yang diberikan, sila minta penjelasan yang lebih spesifik. 
  • jika kritikan itu benar menunjukkan kelemahan diri anda, bersikap jujurlah dengan diri anda dan berterima kasih kepada pengkritik.
  • jangan balas kritikan dengan kritikan, sebaliknya jelas kepada mereka dengan lebih teperinci.
  • jika anda tidak yakin dengan kritikan yang diberikan, minta pendapat orang lain yang benar-benar ikhlas untuk membantu anda. 
  • tanya diri anda sendiri apa yang anda boleh lakukan untuk memperbaiki kelemahan diri.  

 Sebagai kesimpulannya kritikan dan kutukan adalah dua istilah yang sangat berbeza. Kritikan dilihat sebagai satu teguran yang positif yang boleh membina kita dan kutukan ialah teguran yang negatif yang boleh melemahkan kita. Piweet berharap anda semua telah memahami secara kasar tentang apa itu kritikan dan apa itu kutukan. Mulai sekarang piweet berharap anda akan faham mengenai kedudukan anda apabila anda menegur seseorang. Sekian terima kasih.

Thursday, October 21, 2010

Kehidupan Jejaka Bujang

 Assalamualaikum dan selamat pagi semua. hari ni hari jumaat. so, sekolah n IPT di pantai timur  cuti. hari ni merupakan pagi yang sangat indah dan bermakna buat piweet. ikut perancangan pagi ni piweet nk bnagun awal, maksudnya lpas subuh tu xnak tidur tpppp sb ngantuk sngat tertidur la jugak diri ni. so, ari ni bangun xla awal sangat tapi boleh dikatakan pagi lagi la. nak bangun awal sb bnayak sangat keja yg nk kena buat. Biasalakan hidup sebagai seorang bujang. semua benda kena la buat sendiri. klau dekat rumah mak yang buat bab2 cuci rumah n makan minum ni. tapi sebenarnya kan klu suma benda orang tolong buatkan , xbes jgak kan nati kita xda pengalaman nak cita kt anak-anak kita kan. contohnya "dulu masa ayah muda2 sumua benda ayah buat sndiri.taw basuh baju, lipat kain, memasak, berkebun, sapu sampah da macam lagi la"hehe. kan da ada modal nak cita kt anak-anak kita nanti.  errmmm tapi kadang2 terpikir jagak kan  kalu la ada orang rumah kan bes...hehehe. dia boleh buatkan untuk kita n kita boleh tolong dia. da melalut la pulak, masih telalu awal lagi la untuk pk psal orang rumah ni kan....huhu



Ari ni piweet nk cita apa yang piweet telah buat. bangun ja pagi terus basuh muka bersih2kan badan. pastu terus ja piweet basuh baju. banyak jagak baju minggu ni. mana tak nya, selalu piweet basuh baju smgu 2 kali tapi minggu ni busy sangat2. so xsempat la nk basuh baju. selalu piwett akan basuh baju pada hari selasa dan jumaat@sabtu. kalau korang suma nak tau basuh baju lama jgak taw. klau da sekali mesin amek tempon 30 minit, so kalu 3 kali da jadi 1jam 30 minit, lama jgak 2. sambil2 nak tgu mesin tu dok basuh baju, try teka apa yang piweet buat????. kalu korang nak taw, sambil2 tgu baju 2 , piweet sempat lagi masak nasi + sambal sardin...hehehe. walaupun simple tapi sangat sedap. piweet terpikir nak masak ni sb lapar sangat pagi ni sb smlam xmkan nasi. so, lapar gler la pagi ni. piweet pon xsangka cepat pulak masak pagi ni, 30 minit ja da siap n da terhidang da utk makan.

Baju xsiap lagi dibasuh walaupun da siap makan. tngah tgu baju 2 piweet ambik masa untuk kemas bilik, susun buku/fail dan sapu ckit2. bila da siap buat semua benda ni, baju pon da setel dicuci juma x jemur ja lagi. rasa malas pulak nk jemur baju sb banyak sngat. bkan kerja senang taw nak jemur baju. nak kena hanger lagi pas2 kena pin mana-mana baju yang patut....hahaha. so, biar la dulu baju tu. nanti-nanti piweet jemur k. Tp keja piweet xhabes lagi taw. ada satu lagi keja yang piweet nak buat iaitu prepare untuk ajar tuisyen petang ni. banyak jugak benda yang nak kena buat taw. First piweet kena tanda suma latihan student yang minggu lepas sb nak bagi blik kat students. pastu nk kena study sikit untuk nak ajar jap g. petang piweet nk ajar dorang pasal susun dan bina ayat. sllau nya wanp akan prepare ari khamis lagi tp minngu ni agak malas sidikit suma nak buat hari jumaat...hehehe...kalu korang nk taw piweet ada la jadi cikgu tuisyen kt pusat Tuisyen Karisma Kota Bharu. saja nk cari duit lebih ckit. panjang kalu nk tulis pasal kerjaya piweet sbgai guru tuisyen ni sb bnyak sangat crita yg menarik untuk dikongsi dengan anda semua. nati piweet akan buat 1 entri khas cita sal tuisyen ni. ok la ye, piweet nk setelkan kerja piweet yg terakhir iaitu menjemur baju.
sekian terima kasih.......PIWEET

MULA BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR


     Sebenarnya sekarang tengah fikir apa yg nk tulis kt dlam blog ni. biasa la bru 1 jam buat blog. metila ternganga-nganga lagi psal blog ni. tapi xpa, da xtaw snagat nk cita apa. baik aku cerita pasal mlm ni. mlm ni mmg borink tahap cipan la. member2 rumah ada yg blik ada yg kluar n ada yg tngah stdy. sebenarnya homeworks bnyak giler yg nk kena buat lg untuk subjek Basic Calculus. belambak-lambak latihan lecturer bagi tadi, padahal latihan yg 2 mggu lpas pon x buat lagi. malasnya la hai. nseb baik xmcm zaman sklah rendah n menengah dulu kan. homework ckup tempoh je kena anta. kalau kat IPG mcm ni. mmg mampus la bdak2 maktab. tapi yg aku cita ni pasal aku la, bdak2 lain ada yg rjin..hehe

      Ingat nk kluar nk g PT(pantai timur hypermarket) tppppp fulus xda la, klu xda fulus kena dok umah je, tngok tv mkan maggi...hehehe. tp mlam ni tv pon xda cita yg best. So, xjadi la nk tngok tv. pas2 nak pegi umah member, tp dorg plak kuar g makan. mkan plak kt KB plak 2. nk pegi umah dorg sb nk amek video teater muzikal kanak-kanak yg aku  belakon ari 2. xjadi lagi agenda aku mlm ni. ermmm erti kata lain, mlm ni mmg borink sb 2 la aku post lg 1 entri mlm ni (entri ke mcm ni)...haha

SALAM PERKENALAN



Assalamualaikum whai dunia blog.....akhirnya arini berjaya jgak aku create blog. sebelum ni ada la juga niat nk buat blog tp disebabkan malas sb blog ni nk kena slalu update dan mcm2 lagi la yg aku xberapa suka psal blog ni. yg nak jadi ceritanya yg telah menyebabkan aku buat blog ni sb classmate aku la. nama dia aried rifke (nama asal afizi je)hahaha.. dia lah antara blogger yg da berjaya dlm bidang ni. so, aku bnyak dengar pasal the advantages of blogging ni dr dia la. sb tu la aku terdetik nak buat blog.

sebagai permulaan ni aku xnak cita papa pon lagi. bnyak bende yg nk cita sebenarnya. hanya sekadar untuk memberi salam kepada dunia blog...ok babai