Friday, April 29, 2011

SATU PERMULAAN SEBAGAI SEORANG GURU

Tanggal 20/3/2011 hingga 14/4/2011 telah pun berlalu tetapi kenangannya masih ku ingati hingga sekarang. Saat manis, riang, pedih, sakit masih ku rasa himgga saat ini. Cewahh jiwang gila ayat hahaha.. Tarikh ni merupakan tarikh praktikum pertama piweet. Piweet baru sahaja selesai menjalani praktikum fasa 1. Jadi entri kali ni, piweet nak cerita pasal pengalaman semasa menjalani praktikum tersebut. Praktikum ni dijalankan di SK Pantai Senak, Bachok, Kelantan. Sekolah ni xla jauh sangat daripada rumah sewa piweet. Lebih kurang 10-15 minit perjalanan. Banyak kenangan manis dan pahit yang ada semasa piweet buat praktikum kat sekolah ni. Piweet cerita yg best2 dulu noh. Cikgu2 kat sekolah tu memang sempoi2 belaka especially cikgu lelaki. Memang terbaik la diorang ni. Cikgu2 perempuan pun sempoi jugak juma piweet xsempat nak beramah mesra dengan depa sangat. Dengan cikgu laki memang xda hal, da boleh buat macam kawan sendiri da tapi ada jugak la batas2 yang kena jaga. Cikgu2 ni slalu lepak kat kantin, kalau xda kelas ja, mesti dorang ni lepak kat kantin tapi time xda kelas jela time ada kelas cikgu2 ni masuk kelas. Time makan la sllu bersembang ngan cikgu sekolah tu. Kadang2 sampai naik risau jugak sebab lama sangat makan kt kantin. RPH xsiap lagi, ABM xbuat lagi tp bersembang kencang lagi kat kantin. Mana taknya baru nak bangun cikgu lain  plak yang mai ajak sembang. 

Selain tu, cikgu2 laki sekolah tu aktif bersukan. Malam selasa main bdminton, malam rabu main bowling, petang rabu main bola tampar. Memang penuh la jadual riadah piweet. Sampai skrg piweet join lagi ngan cikgu2 ni walaupun da habes praktikum. Sebab tu la piweet rapat ngan cikgu2 kat situ. Lepas tu GB dia pun sempoi. Muka rilex cool ja. Boleh la kauting kalau nak cuti...hahaha. Lagi satu masa ktorg buat jamuan masa hari terakhir praktikum GB sponsor RM100. Lepas 2 ada plak cikgu laen yg sponsor sama. Huhhhh jimat duit den, ramai yg sponsor, rezeki2. Nampak x, cikgu2 sklah ni baik kan. 

Murid2 sklah ni pun terbaik lagi2 kelas yang piweet ajar. Tapi dorg ni pun nakal jugak. Biasa la kan budak2. Tapi yang best nya time lecturer piweet observe dorng ni memang gempak habes. Automatik jadi baik. Bila piweet tanya solan rebut2 nak jawab. Sebelum ni kalu tanya, puas la jugak nak dapat respon. Time ngajar dalam kelas, piweet garang tau. Kalau x garang, budak2 ni suka main, kacau kawan dan macam2 kerenah lagi la. Bila garang dorg takut ckit. Tapi garang pun ada jugak buat lawak dalam kelas. Baru hepening ckit p&p tu. Garang2 pun banyak jugak dapat hadiah taw, hampir 40 hadiah piweet dapat...huhuhu. Bukan apa kalu first kita masuk kelas buat lawak, senyum sokmo, lepas 2 kita buat garang ckit mesti bdak da x takut da. So, first masuk kelas mesti kena garang lu, lepas 2 nak buat lawak, senyum sokmo n jadi garang balik pun xda hal sangat dah. Ni salah satu tips buat bakal2 guru...hehehe

Jom kita sembang plak pasal benda yang xberapa best time praktikum ni. Yang pertama penat nak mampos. Tiap-tiap malam tidur pukul 3 pagi sebab nak siapkan RPH dengan ABM. Mana taknya RPH 4, 5 helai untuk sejam mngajar. Pastu ABM untuk 40 students. Mmg satu tempoh yang sangat perit dan memenatkan. Lagi2 time praktikum tula asyment bertimbun2. Fuhhhh tension2. RPH nk kena buat, asyment nk kena siap. Memang xda masa langsung untuk enjoy time ni. Masa untuk layan movie, cita korea memang da xda time ni. Yang paling best skali time praktikum ni piweet turun hampir 4kg sebab penat sangat. Best la jugk sb da hampir dua tahun taw berat x pernah turun, asyik naik ja....hahaha. Ni kes sb duduk rumah sewa lani. Tapi ni da hbes praktikum, rsanya da naik balik da berat ni. Aduh kena p praktikum lagi ni...hehehe

Keseluruhannya, praktikum kt sklah ni memg best gla. GB baik, cikgu2 baik, students gempak dan banyak lagi la. InsyaAllah klau xda halangan  praktikum Fasa 2 pun nak buat kt sklah ni lagi. Huhu thanks SK Pantai Senak. SKPS memang terbaikkkkkkk

Klau nak tngok gambar praktikum piweet KLIK SINI



2 comments:

emmot said... [Reply]

best nya jadi cikgu.. pendek cte .pengalaman y comel .. :)

Piweet said... [Reply]

thanaks emma....mmg satu pngalaman yg best, dlu kita jdi student, skrg ni kt plak yg jd cikgu...mmg sweet...hehehe