Saturday, May 14, 2011

MAMPUKAH NUR KASIH THE MOVIE SEHEBAT DRAMA NUR KASIH?

Drama Nur Kasih telah mencetuskan fenomena baru dalam industri drama negara. Drama hebat ini telah menggamit 19juta penonton setiap kali ditayangkan di kaca tv. Cerita berunsur rohani dan ketuhanan ini telah diterima baik oleh rakyat Malaysia sehinnga muncul pelbagai drama versi ini di negara kita. Jalan cerita yang hebat, pelakon yang mantap serta pengarah yang kreatif telah menyebabkan drama ini menerima pelbagai anugerah dan telah memberi kesan yang positif terhadap penggemar drama-drama melayu.  



Sambutan yang hebat terhadap drama ini menyebabkan Kabir Bhatia (pengarah) menyambung kehangatan drama ini dalam Filem pula. Maka, terhasilah Nur Kasih The Movie. Persoalannya sekarang mampukah Nur Kasih The Movie menyaingi kehebatan Nur Kasih?Filem ini akan ditayangkan pada 19 Mei 2011. 

Nak tau serba sedikit mengenai filem ini, jom kita tengok sipnopsis  dan trailer filem ini.


Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia. 



Aidil terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan dugaan sepanjang membesarkan kedua-dua orang anaknya. Manakala kehidupan Adam dan Amina kian berseri dengan kehadiran anak pertama mereka. Namun kebahagian mereka terus diuji. Sesuatu telah berlaku dalam hidup mereka menyebabkan mereka berhijrah ke Mekah. Pelbagai konflik lagi terpaksa dihadapi oleh Amina, Adam dan juga Aidil. Apakah kesudahannya? Nak tau kesudahan filem ini kena la tengok sendiri di panggung wayang berdekatan anda bermula 19 Mei 2011 

Adam & Nur Amina

Antara barisan pelakon NKTM






Kabir Bhatia, seorang pengarah yang sangat hebat dan kreatif.

Haa kalau nak tau hebat ke tak cerita ni, kena la tengok sendiri. Apa-apa pun filem ni merupakan antara filem wajib tengok tahun 2011 ni. Ermmm tak sabar nak tengok...hehehe

3 comments:

Aisyah Aina said... [Reply]

drama nur kasih pun tak pernah tengok...
menyesal la tak tengok....nanti kalau nak tengok movie mesti tak faham pape :(

Piweet said... [Reply]

Rugi la Aisyah....memang best gler, drama mlayu pling best la stkat ni...download ja kt tenet, bnyak skrg ni...hehehe

Prince said... [Reply]

wah bestnye blog ni.. kalau prince nak datng selalu boley x? hehehe..