Friday, May 13, 2011

UBAT UNTUK MENJADI RAJIN


Tidak dapat dinafikan, memang ramai sedang menghadapi masalah sebegini especially students...hehe. Now we have to change this attitude.


Sebenarnya tak ada ubat untuk bagi rajin. Tapi hanya ada beberapa tips untuk MENJADIKAN kita rajin dan membuang sikap malas. Sama-samalah kita amalkan.

Tips Menjadi Rajin

Saya ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas.Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.
1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.
Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda meneruskannya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai.


5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.






Sekarang saya dah berubah menjadi seseorang yang baru, lebih bersemangat, dan yakin . Aja-aja Fighting!!

Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.



7 comments:

SuhaimiKassim@teruna9752 said... [Reply]

Asalamualaikum.terima kasih dan tahniah kerana sudi menjadi follower saya yg ke200.

http://friendshipworlds2u.in-malaysia.org/2011/05/siapa-jejaka-melayu-terakhir-follower.html

mcm ni lah said... [Reply]

assalamualaikum selamat hari guru,..
saya follow blog ni,.
jemput2 le singgah ke blog saya

Piweet said... [Reply]

hehehe....i 'm the lucky follower....sm2 suhaimikassim....tq jgak sebab jadi follower sy..keep in touch k

Piweet said... [Reply]

MCM NI LAH : w,salam....terima kasih...
ok da follow balik....
sama la jugak...sllu la sinngah sini ya...hehehe

Anonymous said... [Reply]

nak baca pun malas plak erk.. panjang sgt.. td semangat jgk nak bukak page nhe.. hehe

tak tahu said... [Reply]

aja-aja fighting tu maksudnye ape ? ade orang pernah cakap kat jali tapi tak tau ape maksudnye, . . .

bagi jawapan kat sini ea . . . :) menanti dengan harapan, . .

Taman Bacaan said... [Reply]

Saya adalah orang malas sedunia.
info menarik, bisa saya jadikan acuan kedepan.
salam.