Thursday, November 25, 2010

KEHIDUPAN BARU DIMUSIM CUTI SEKOLAH

Hari ni merupakan hari pertama bekerja di The Chicken Rice Shop Restaurant untuk tahun ni. Ehh sebab pa untuk tahun ni???Sebabnya ialah tahun ni merupakan tahun ketiga saya bekerja di restaurant tersebut. Biasala cuti panjang kan. Bosan jugak kalau dok rumah lama-lama kan. Asyik membela perut ja, baik buat kerja yang boleh hilangkan boring n mendatangkan habuan hehehe. Tapi kena la jugak rehat kat rumah kejap pastu kuar la cari keja. Kalau macam saya, sempat la jugak rehat seminggu lebih dekat rumah. Kalau ikutkan Boss kat tempat keja 2, stat ja cuti terus dia suruh datang keja. Biasala kan, kalau da keja bagus, mesti la orang tertunggu-tunggu hahaha. Anytime boleh keja kat situ. Belum habis exam lagi boss da tanya nak keja tak cuti ni. Apa lagi peluang da orang bagi, ambik jela kan.
Queen Bay Mall, tempat saya keja 4time.

Ni la TCRS tempat saya kerja 2

Hari ni masuk kerja pukul 12. Dah seting time tapi sampai tempat keja lewat 10 minit sebab jam kat kedai tu cepat 13 minit hehehe. Nasib baik ngan boss 2 kamceng, lewat ckit2 xda halnya. Begitu cepat masa berlalu kan. Da cukup setahun da. Rasa macam baru ja berenti keja kat situ da datang keja balik. Hari ni stat keja macam biasa amek order, hantar order n jadi casher. Da setahun tinggal benda ni, nasib baik ingat lagi. Tengok balik menu terus ingat. Risau jugak tadi takut lupa. Ada jugak orang baru yang keja  kat situ n tak kenal saya pelik sebab tengok saya reti buat semua benda padahal baru masuk. Macam orang da bertahun-tahun keja hehehe. Tak banyak sangat yang berubah, sama ja macam dulu. Member2 pon masih keja kat situ. So, memang best la sebab ada geng. 


Keja hari ni xpenat sangat sebab xramai orang. So, boleh la rilex2 sikit. Tapi 2 3 hari lagi orang akan stat ramai sebab da stat cuti sekolah n da lepas raya. Kalau orang ramai, memang penat keja kat situ. Penat gilerrrr. Macam tahun lepas, memang penat giler. Kedai asyik penuh ja. Harap -harap keja kali tak la penat sangat n boleh enjoy time cuti ni hehehehehe =)]

Tuesday, November 23, 2010

KCL9695 PULANG KE KAMPUNG MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN

Da sampai penghujung persekolahan da buat tahun 2010. Begitu pantas masa berlalu. Tamatnya sesi persekolahan 2010 menunjukan bahawa sudah 3 tahun setengah saya berada di bumi kelantan dan di IPG KKB khususnya. Tinggal 2 tahun sahaja lagi masa untuk bergelar guru pelatih sebelum bergelar guru terlatih. Kalau difikirkan masa 2 tahun tu terlalu lama jugak kan tapi bila fikirkan 1 semester memang ianya satu tempoh masa yang singkat. Sebagai contoh bila sampai ja musim exam, terus rasa cepatnya masa berlalu. Rasanya macam baru ja exam, da nak kena exam balik kan. Mesti korang pon ada rasa macam ni kan hehehe. 

Semester ni merupakan semester kedua untuk tahun kedua saya. Jadi cuti kali agak panjang la berbanding dengan cuti semester 1. Cuti kali ni sama dengan cuti sekolah. Biasala da nak jadi cikgu kan. Bila sekolah cuti ja saya pon akan cuti. Cuti kali ini juga diawalkan beberapa hari kerana bertembung dengan Hari Raya Korban. Selepas tamat ja peperiksaan, semua pelajar akan akan pulang ke kampung bagi menyambut hari raya termasuklah saya. Pada kali ni saya pulang ke kampung untuk beraya dan bercuti bersama-sama dengan KCL9695 iaitu moto kesayangan saya. Maksudnya saya pulang ke kampung dari Kota Bharu ke Sik dengan menaiki moto. Ini bukan kali pertama saya menaiki moto untuk pulang ke kampung. Sudah 3 semester saya berulang alik dari Kota Bharu ke Sik bila tibanya cuti semester.

 
Bergambar bersama KCL dan KCN di atas puncak Grik
Ni la member gua yg sllu balik hgan gua. Nama dia Irfan, nama glamor Pak Abu.
  
Pemandangan diatas perhentian puncak bukit

Thursday, November 11, 2010

EXAM KALI NI MEMANG GILA

Sudah seminggu rasa tak update blog ni. Biasa la busy sangat dengan exam (panahan malam exam) hehehe. Hari ni terfikir la nak update blog sebab gap exam  4 hari. So, boleh la rehat kejap setelah 4 hari berhempas pulas mengadap buku. Tapi entri kali ni pon saya nak story2 pasal exam jugak la. Dah 4 paper habis, tinggal 1 ja la. Best 2 memang la best sebab dah nak habes tapiiiiii semua paper yg da exam suma kantoi belaka. Memang susah gilerrrr la exam kali ni. Xtaw la nak cakap macam mana susahnya, tak boleh digambarkan dengan kata-kata hehehe. Lagi-lagi untuk paper CALCULUS. Kau memang crazy la calculus. Memang susah betol paper ni. Buka ja soalan, terus meleleh air liur tengok soalan lagi2 untuk soalan struktur dan esei. Masa jawab paper ni, xdak pon satu soalan yang saya conform jawapan 2 betol. Kalau soalan yang suruh prove plak, jawapan saya memang tak sama dengan yang dia mintak. Nampak sangat da salah kan, tapi maybe juma dapat markah untuk method  ja tapi kalau method betol la.  Hurmmm memang kantoi la  paper ni. Risau betol la dengan paper ni, takut failed ja. Tapi try la jugak untuk buat semua soalan sebab lecture da pesan untuk buat walaupun tak reti dan salah (macam pelik ja bunyi). Dah lecturer pesan macam tu, so saya menggoreng sakan la sebab memang tak reti hehe. Untuk soalan objektif boleh la jugak buat tapi masa plak tak berapa nak cukup sebab terlalu focus kat soalan sturktur dan esei. Banyak betol la tapi nya. Nampak sanagt memang teruk exam kali ni.

 


As conclusion, exam semester ni memang susah tahap dewa. Harap-harap saya dapat lulus semua subjek ya Lagi-lagi untuk subjek Calculus. Doa-doa la supaya saya lulus k. 15/11 adalah paper terakhir iaitu pedagogi BI. Ni pun subjek killer jugak macam paper calculus. Doakan supaya saya dapat yang terbaik jugak k. Sekian terima kasih.

The Chicken Rice Shop - Good Lunch 2010

The Chicken Rice Shop - Good Lunch 2010