Ehh mak engkau.....
Opocot kau....
Oh mati kau mampus.....
(memandai ja reka sendiri...hihi)
Kiut bangat aksi melatah ni...nak jgak...haha
Tadi pegi hypermarket beli roti burger. Pastu dia punya casher (perempuan, muda lg..hihi) kuat gila melatah. Sb tu terfikir nk tlis entri ni. Terpikir jugak penyakit melatah ni punca drpd apa erk????
Memang lucu gila tngok casher tu, dia punya melatah tu da tahap serius da...macam2 keluar dr mulut dia. Kawan2 dia plak asyik ganggu dia ja...dok cuit sana, cuit sini...Dia da la casher, mau plak tngah melatah tu, tengah bg duit kt customer..Memang nahas la, baki 5inggit tapi bagi 50inggit...Memang bankrap la hypermarket tu...hehehe
Kadang2 kesian jugak kat orang melatah ni kan... Mesti dorg malu, kalau ngan kawan2 xpe la.. Ni ngan orangg awam pon sama...Lagi2 plak yg melatah smbil berlakon skali, lagi dasyat..hahaha..Orang kata kalau kita asyik kacau org melatah, kta pon boleh melatah jgak taw..hati2 la kpda yg sllu kacau org melatah tu, anda pon akan dijangkiti dengan virus ni..kalau xnak dijangkiti, berenti la ye, kesian2 la kat dorg
Melatah ni punca dr mana erk??? Menurut Dekan Klinikal Psikiatri Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Azhar Zain, sistem saraf pusat yang dimaksudkan itu berlaku di bahagian tengah otak. Jelasnya, apabila golongan ini disergah secara serta-merta, sistem limbik (di bahagian tengah otak) terganggu dan boleh menyebabkan mereka terkejut, lalu melatah. Pada saat itu, turut berlaku sedikit konflik emosi dan memori
Jom kita tengok pula tips untuk atasi dan jauhi drpd masalah ni:
TIPS ATASI MASALAH MELATAH
- Jangan terlalu rapat dengan orang yang kuat melatah.selagi korang jumpa hari2 selagi tu la korang melatah..
- Kemudian pesan pada kawan2,tak suka orang buat korang melatah.
- Berbincang secara serius..bukan cakap sambil sengih2..sambil ketawa2..bagitau diaorang yang korang tak suka dipermainkan macam tu.
- Terangkan jugak pada keluarga korang nak berubah..supaya diaorang paham dan boleh bagi kerjasama..
- Banyak kan berzikir..sebab bila mulut kita ni dibasahkan dengan zikir akan terkubur la mencarut2 ni..
Ok selamat beramal...kalau ada tips2 tambahan boleh la kongsi kt ruangan komen ya....huhu=)
6 comments:
Hang tau x... Kaki melatah nie orang jepun tao... Org melayu tu kureng skit (hahaha... x caya buat research)
@izzuddin Fauzi: yaka....ingat org asia tergara ja yg kuat melatah....kalau jepu melatah bunyi mcm mn erk???
Selalu perempuan yang melatah. Ada ke lelaki melahtah?
-wina1979-
mmg lucu tgk tp penat tau melatah ni.. so kesianla pada drg. jgn la sengaja nak mengusik
@K.WINA: Mmg kbnyakan perempuan yg kuat melatah...tp ada jgak drpd glongan lelaki..Klau llki yg melatah, dia lebih teruk drpd perempuan...huhu
@nani: betul tu nani...sronok tngok org melatah ni...tp ksian jgak kt dorg...mst dorg malukan klu da melatah yg pelik2...hehehe....lg 1 xbaik kacau org melatah nati berjngkit baru pdan muka....huhu
Post a Comment