Tuesday, April 10, 2012

1,609 PELAJAR CEMERLANG SPM DAPAT BANTUAN



KUALA LUMPUR - Semua 1,609 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 9 A+ hingga 12 A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 ditawarkan bantuan kewangan pengajian (bursary) secara automatik untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan atau prauniversiti dalam negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bantuan kewangan itu disediakan Kementerian Pelajaran untuk pengajian di peringkat prauniversiti sebelum pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tawaran bantuan kewangan pengajian kepada 1,020 pelajar yang memperoleh 9A+, 492 pelajar 10A+, 90 pelajar 11 A+ dan tujuh pelajar 12 A+ adalah secara automatik tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latar belakang itu adalah tanda keprihatinan kerajaan mengiktiraf kecemerlangan pelajar berkenaan.
Sumber : kosmo.com.my

2 comments:

Unknown said... [Reply]

kepada pelajar yg dpt bantuan kewangan atau biasiswa tu belajar lah molek2... jgn sia-sia kan... anda org terpilih yg dpt duit tu...

http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/second-day-during-holiday.html

Piweet said... [Reply]

@faizulosman
Betol tu...blajar la elok2...untung sngat2 dpat bantuan, biasiswa...plajar lain terpkssa buat pinjaman untk blajar....berterima ksihlah kpd org yg memberi dan bersyukur pd Allah=)