Wednesday, June 29, 2011

PETUA UNTUK MELEBATKAN RAMBUT


Sejak kebelakangan ni, rambut asyik gugur ja. Sebelum ni xda masalah pun. Ni mungkin sebab tekanan, diet yang salah dan gel n shampoo yg xsesuai dengan rambut. Risau jugak kalau berterusan macam ni. Botak la kepala piweet ni ha.. Umur muda lagi, org kata muda tang-tang lagi. Kena buat sesuatu ni, risau jgak takut masalah ni semakin serius.

Piweet ada jumpa satu petua untuk melebatkan rambut ni dari internet. Jom kita sama-sama amalkan. Mana tau, kot2 berhasil...hehe..ok selamat beramal   


Petua Untuk Melebatkan Rambut

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. 

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. 


Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu. 

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

  • Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
  • Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
  • Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.

6 comments:

G3-lina said... [Reply]

thanks!

Piweet said... [Reply]

sama lina..=)

Bui Idzra Ryn said... [Reply]

petua untuk hilangkan kelulumur ada tak..rambut mmg dh lebat tapi bui alami masalah kelulumur dan kegatalan kulit kepala..huhu

Piweet said... [Reply]

rasanya petua ni pun sesuai untuk masalah kelumumur....kalau bui nk tau lg lnjut, bui klik link sumber tu...bnyak petua mnarik kt sana...hehe

Onitsuka_hana said... [Reply]

tokse lebat..cmna plak petua nak bg rambut xnak lebat

Piweet said... [Reply]

hahaha...pelik la hana ni, org nk rambut lebat, dia nk lmbut xlebat...huhu

pa yg susahnya hana, mkan la ajinomoto bnyak2...kompem smkin npis rmbut tu...hehehe