Monday, July 2, 2012
JUARA EURO 2012 MILIK SPANYOL
KIEV, 2 Julai - Sepanyol berjaya mempertahankan kejuaraan Euro apabila membenam Itali 4-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev.
Pasukan bimbingan Vicente Del Bosque itu juga mencipta sejarah menjadi negara pertama meraih kejuaraan secara berturut-turut. Empat tahun lalu di Austria-Switzerland mereka muncul juara apabila mengalahkan Jerman 1-0.
Itali yang tidak diletakkan harapan dalam kejohanan kali ini serta bukan pasukan pilihan ke akhir, tersentak dengan jaringan pembukaan Sepanyol pada minit ke-14 melalui David Silva, sebelum pemain pertahanan, Jordi Alba menambah gol kedua empat minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.
Pemain gantian Fernando Torres dan Juan Mata melengkapkan malam gemilang La Roja selepas meledak jaringan pada minit ke-84 dan 88 sekali gus mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga tatkala kejuaraan pertama diraih mereka pada 1964 (edisi kedua). - AGENSI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment