Drama Nur Kasih telah mencetuskan fenomena baru dalam industri drama negara. Drama hebat ini telah menggamit 19juta penonton setiap kali ditayangkan di kaca tv. Cerita berunsur rohani dan ketuhanan ini telah diterima baik oleh rakyat Malaysia sehinnga muncul pelbagai drama versi ini di negara kita. Jalan cerita yang hebat, pelakon yang mantap serta pengarah yang kreatif telah menyebabkan drama ini menerima pelbagai anugerah dan telah memberi kesan yang positif terhadap penggemar drama-drama melayu.
Sambutan yang hebat terhadap drama ini menyebabkan Kabir Bhatia (pengarah) menyambung kehangatan drama ini dalam Filem pula. Maka, terhasilah Nur Kasih The Movie. Persoalannya sekarang mampukah Nur Kasih The Movie menyaingi kehebatan Nur Kasih?Filem ini akan ditayangkan pada 19 Mei 2011.
Nak tau serba sedikit mengenai filem ini, jom kita tengok sipnopsis dan trailer filem ini.
Filem ini
adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam
berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya
mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil
menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata
iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal
dunia.
Aidil terpaksa
menghadapi pelbagai ujian dan dugaan sepanjang membesarkan kedua-dua orang
anaknya. Manakala kehidupan Adam dan Amina kian berseri dengan kehadiran anak
pertama mereka. Namun kebahagian mereka terus diuji. Sesuatu telah berlaku dalam hidup mereka menyebabkan mereka berhijrah ke Mekah.
Pelbagai konflik lagi terpaksa dihadapi oleh Amina, Adam dan juga Aidil. Apakah kesudahannya? Nak
tau kesudahan filem ini kena la tengok sendiri di panggung wayang berdekatan
anda bermula 19 Mei 2011
Adam & Nur Amina
Antara barisan pelakon NKTM
Kabir Bhatia, seorang pengarah yang sangat hebat dan kreatif.
Haa kalau nak tau hebat ke tak cerita ni, kena la tengok sendiri. Apa-apa pun filem ni merupakan antara filem wajib tengok tahun 2011 ni. Ermmm tak sabar nak tengok...hehehe
3 comments:
drama nur kasih pun tak pernah tengok...
menyesal la tak tengok....nanti kalau nak tengok movie mesti tak faham pape :(
Rugi la Aisyah....memang best gler, drama mlayu pling best la stkat ni...download ja kt tenet, bnyak skrg ni...hehehe
wah bestnye blog ni.. kalau prince nak datng selalu boley x? hehehe..
Post a Comment