Friday, August 10, 2012

TIPS UNTUK BERJUMPA MALAM LAILATUL QADAR


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, masa berlalu pantas meninggalkan hari-hari yang indah di bulan Ramadhan. Terasa sayu untuk meninggalkan Ramadhan kerana belum tentu bertemu lagi Ramadhan 1433H. Ada tugasan terakhir yang paling penting dalam sisa malam-malam Ramadhan iaitu mencariMalam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan. Banyak ulasan yang kita baca dan dengar tentang kehebatan Malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh keberkatan dan kelebihan tertentu  yang boleh merubah kehidupan kita 360 darjah pusingan.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhandengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya yang maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut” yang maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.” 
Bukan mudah orang biasa seperti aku untuk mencari Malam Lailatul Qadar yang tepat kerana itu adalah Rahsia ALLAH SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh mencari Malam Lailatul Qadar. Hanya ada satu Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir, Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.
Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan mendoakan kebaikan untuk kita kembali.
Untuk mengetahui lebih lanjut apa itu Malam Lailatul Qadar sila baca entri “Aku Jumpa Lailatul Qadar”  dan “Kembara Mencari Lailatul Qadar
Entri ini diambil daripada denaihati.com...Ditulis oleh , dan diterbitkan pada 23-08-2011 09:14

10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN


Monday, August 6, 2012

PERISTIWA-PERISTIWA DALAM BULAN RAMADAN

Double klik untuk zoommmm

1. Perang Badar Al-Qubra

Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan.

2. Peristiwa Nuzul Al-Quran

Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab

Rasulullah saw meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh ribu.

4. Perang Tabuk

Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa.

5. Pembukaan kota Mekah

Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah.

6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel

Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel.

7. Perang Ain Jalut

Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

8. Kekalahan Tentera Salib

Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam.

9. Perluasan negara Islam di Andalus.


Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

10. Pembebasan Sinai


Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan.


DATUK LEE CHONG WEI : ANDA TETAP HERO MALAYSIA



EMAS yang diimpikan, perak yang menjelma.
Semuanya musnah dan impian rakyat Malaysia yang mengharapkan pingat emas pertama Sukan Olimpik menerusi acara badminton berkecai.
Sukan Olimpik 2012 London merupakan medan terbaik untuk membawa pulang pingat emas pertama itu tetapi hajat besar itu tidak kesampaian.
Datuk Lee Chong Wei yang dipertaruhkan untuk merealisasikan hajat besar itu, gagal menyempurnakannya selepas tewas kepada Lin Dan dari China pada final acara perseorangan lelaki di Arena Wembley semalam.
Chong Wei tewas dalam permainan tiga set, 21-15, 10-21, 19-21 pada perlawanan yang mengambil masa 79 minit.
Dengan kekalahan tersebut, Chong Wei mengekalkan pingat perak yang dimenanginya pada temasya yang sama di Beijing empat tahun lalu.
Selain itu, jongkong emas bernilai RM2 juta yang dijanjikan oleh pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam kepada mana-mana pemain badminton yang meraih pingat emas Olimpik, turut terlepas daripada genggamannya.
Temasya kali ini juga merupakan medan terakhir buat Chong Wei untuk mencapai impiannya tetapi dia terus menemui kegagalan.
Pada aksi semalam, Chong Wei hanya memerlukan dua mata sahaja lagi untuk bergelar 'jutawan badminton' tetapi kelebihan itu gagal dipergunakannya sekali gus member ruang kepada Lin Dan untuk menutup permainan dengan kemenangan 21-19.
Pada set pertama, Chong Wei dilihat bakal membawa sinar emas kepada kontinjen negara apabila menang 21-15 tetapi momentum cemerlangnya itu gagal diteruskan pada set kedua.
Dia tewas 10-21 untuk mengheret perlawanan ke rubber set yang menyaksikan kedua-dua pemain enggan menyerah mudah.
Mata demi mata diraih dan ketika Chong Wei hanya memerlukan dua mata lagi untuk menamatkan perlawanan Lin Dan bangkit gagah untuk menang 21-19, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu di Beijing.
"Saya kecewa kerana gagal merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia terutama mereka yang datang ke London ini untuk memberi sokongan kepada saya.
"Saya telah memberikan yang terbaik tetapi Lin Dan terlalu bagus hari ini," kata Chong Wei.
Menurut Chong Wei, keyakinannya cukup tinggi untuk memenangi perlawanan tersebut dan apa yang dirancang pada perlawanan set pertama semuanya nampak berkesan.
"Namun, pada set kedua, Lin Dan bangkit dengan rentak permainan yang lebih pantas. Serangannya juga banyak mematikan pergerakan saya,""katanya.
Chong Wei juga menjelaskan bahawa prestasinya pada Olimpik London lebih baik berbanding persembahannya di Beijing empat tahun lalu.
Sumber : Kosmo Online

Saturday, August 4, 2012

JADUAL SUKAN OLYMPICS ATLET MALAYSIA - 5 OGOS 2012 (AHAD)


Berikut ialah jadual sukan olympics atlet Malaysia pada 5 Ogos 2012 (Ahad):

Datuk Lee Chong Wei, harapan emas pertama negara....Selamat berjuang DLCW

BADMINTON 

Perseorangan Lelaki: (Akhir) 
Datuk Lee Chong Wei (MAS) lwn Lin Dan (CHN) - (1 tengah hari waktu London, 8 malam waktu Malaysia)

Beregu lelaki: (Gangsa) 
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (MAS) lwn Chung Jae Sung/Lee Yong Dae (KOR) - (9 pagi waktu London, 4 petang waktu Malaysia)

OLAHRAGA

Lari Berpagar wanita 400m - Pusingan Pertama 
Noraseela Khalid - (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia

Lompat Tinggi Lelaki (Kelayakan) 
Lee Hup Wei - (7 malam waktu London, 2 pagi waktu Malaysia)

[Sumber]