Sunday, July 22, 2012

LAFAZ NIAT PUASA RAMADHAN



Lafaz niat untuk sebulan :
niat puasa sebulan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Lafaz niat untuk harian :
niat harian puasa ramadhan
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Video lafaz niat puasa harian by Upin & Ipin

Lafaz doa ketika hendak berbuka :
lafaz doa berbuka di bulan ramadhan
Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Lafaz doa selepas berbuka puasa :
doa selepas berbuka puasa
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Saturday, July 21, 2012

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Assalamualaikum..... Dikesempatan ini Piweet nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Sesungguhnya Ramadhan ialah bulan untuk mentarbiah diri kita sendiri.

Diawal Ramdhan adanya rahmat
Ditengah Ramadhan adanya keampunan
Diakhir Ramadhan adanya pembebasan daripada api neraka

~~~ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mencintai Ramadhan~~~

Dikesempatan bulan yang mulia ini juga, Piweet mohon seribu kemaafan andai diri ini penah melakukan silap dan salah kepada sesiapa sahaja. Semoga kita semua dapat manfaat daripada bulan yang mulia ini. Beribadatlah seperti Ramadhan kali ini ialah Ramadhan yang terakhir buat kita. Belum tentu lagi kita akan berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang.

Friday, July 13, 2012

SUPER KREATIF - ROBOT Rm1


Cuba anda tengok, lihat, belek, perhatikan origami ini...... Super kreatif kan orang yang buat origami ni... Sekarang cuba teka berapa ringgit atau berapa keping wang kertas Rm1 yang digunakan 
untuk buat origami ni?Hehehe=) 
Cubalah teka ya....

Thursday, July 5, 2012

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA- RINGANKAN BEBAN PELAJAR IPT



PUTRAJAYA 2 Julai - Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) dilancarkan hari ini bagi meringankan beban lebih 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di seluruh negara.


Pelancaran KDS1M yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, antara lain menawarkan potongan harga antara lima dan 60 peratus bagi pelbagai jenis barangan.

Muhyiddin dalam ucapannya berkata, pelaksanaan kad diskaun yang dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) enam bulan lalu itu merangkumi semua penuntut termasuk peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Katanya, lebih menarik lagi, KDS1M turut diberikan kepada penuntut institut latihan perguruan (IPG), politeknik, Maktab Kerjasama Malaysia dan Institut Latihan Perindustrian.

Sehingga kini, menurut Timbalan Perdana Menteri, 51 buah syarikat yang terlibat dalam perniagaan buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk teknologi maklumat (IT), penginapan dan kesihatan menyertai program tersebut.

"Kalau boleh penyertaan syarikat bertambah supaya lebih banyak barangan keperluan dapat dibeli oleh para pelajar universiti berikutan kenaikan kos kehidupan masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran KDS1M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kos pengeluaran KDS1M tersebut dibiayai oleh Bank Kerjasama Rakyat (Bank Rakyat).

Muhyiddin berkata, adalah menjadi harapan beliau agar lebih banyak syarikat akan dapat menyertai inisiatif tersebut demi manfaat pelajar yang belajar di IPT.

"Inisiatif kad diskaun itu melambangkan usahasama dan sinergi antara kerajaan dengan sektor swasta melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR).

"Ia juga menyokong gagasan 1Malaysia yang dipelopori Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri yang ditemui selepas majlis perasmian itu memberitahu, kad diskaun tersebut dijangka dapat digunakan semasa sesi akademik bermula pada September ini.

Katanya, kad tersebut akan hanya diedarkan kepada pelajar tempatan dan buat permulaan, ia akan diberikan untuk pelajar tahun akhir.

"Biar pun waktu cuti semester asalkan dia masih belajar, kad itu boleh digunakan," katanya.



*** Alhamdulillah...x sabar nak tunggu bulan September sebab Piweet pelajar tahun akhir di IPG...hehehe...x sabar nk shopping guna KADS1M....huhu

*** Piweet dah buka portal KADS1M untuk tengok senarai kedai yg menerima KADS1M ni...wahwahwah banyak jgak kedai yang best2....lagi2 untuk makanan & minuman..KFC, Chicken Rice Shop, A&W, Station One pon boleh guna kad ni...Piweet harap banyak lagi la kedai-kedai yang akan join KADS1M ni.... untuk maklumat lanjut berkenaan dengan senarai kedai yang menerima KADS1M KLIK SINI

Monday, July 2, 2012

JUARA EURO 2012 MILIK SPANYOL



KIEV, 2 Julai - Sepanyol berjaya mempertahankan kejuaraan Euro apabila membenam Itali 4-0 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Olympic, Kiev.

Pasukan bimbingan Vicente Del Bosque itu juga mencipta sejarah menjadi negara pertama meraih kejuaraan secara berturut-turut. Empat tahun lalu di Austria-Switzerland mereka muncul juara apabila mengalahkan Jerman 1-0.

Itali yang tidak diletakkan harapan dalam kejohanan kali ini serta bukan pasukan pilihan ke akhir, tersentak dengan jaringan pembukaan Sepanyol pada minit ke-14 melalui David Silva, sebelum pemain pertahanan, Jordi Alba menambah gol kedua empat minit sebelum perlawanan separuh masa pertama tamat.

Pemain gantian Fernando Torres dan Juan Mata melengkapkan malam gemilang La Roja selepas meledak jaringan pada minit ke-84 dan 88 sekali gus mengesahkan kejuaraan buat kali ketiga tatkala kejuaraan pertama diraih mereka pada 1964 (edisi kedua). - AGENSI