Wednesday, June 20, 2012

KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN SYAABAN



Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku keatas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s.

Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a. bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w. : Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan.Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi : Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.
Sabda Rasulullah s.a.w. : Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.
Pengertian Sya’aban : Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.
Sabda Nabi s.a.w. : Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekalian makhlukNya.
Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya :
Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tidak menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.

WORDLESS WEDNESDAY # 5


Tak perlu Piweet nak jelaskan apa-apa. Piweet rasa kata-kata 5 baris ini sudah cukup untuk sampaikan mesej yang sangat besar maknaya.

~Renungkan dan selamat beramal~

BANGLA UNTUK DIJUAL

Entri kali ni Piweet nak kongsi pasal gelak-gelak punya pasal...hehe
(~''~)
Cuba korang tengok gambar banner bawah ni:


Nak tergelak x?????
Piweet gelak sampai terguling-guling taw tengok gambar ni...hahaha
Ada ke patut bangla untuk dijual....adehhh=) kesian kat bangla-bangla ni

Korang rasa memang betul ilkan ni nak jual bangla atau salah taip???
Piweet rasaaaa......ermmmm rasa macam...ermm Piweet rasa nak tergelak ja...hihi
Kalau ada yang berminat nak beli bangla ni tapi tak tahu tempat dia kat mana boleh la tanya Piweet sebab memang dekat sangat dengan rumah sewa Piweet...hihi

Wednesday, June 13, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #4

Sekarang ni Piweet masih lagi bercuti di kampung. Sebab tula jarang-jarang update blog sebab kat kampung tak ada internet. Tapi cuti semester dah nak habis, tinggal 4 hari jala lagi.....hurmmm cepat betul masa berlalu... Tapi ok la lepas ni boleh la Piweet update blog kerap sikit...hehehe

Ok la, wordless kali ni Piweet nak kongsi tentang Adab Ketika Memasak. Memasak pon ada adab tau. Semoga kita semua dapat jadikan ia sebagai adab ketika kita memasak...huhu=)

Adab Memasak
Klik untuk zooooooommmmmmmm....


~SELAMAT BERAMAL~