Friday, January 27, 2012

13 ALASAN TIPIKAL WANITA YANG ENGGAN MENUTUP AURAT

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. Calon MATI bukan sakit, uzur atau tua tetapi HIDUP.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =) 

Hanya sekadar renungan....     source MATBAGERO cari Forum


[Sumber]

Thursday, January 26, 2012

KAMAL ASHNAWI ORANG TERKAYA DI DUNIA - MILIKI HARTA RM20 TRILLION

Baru-baru ni seorang lelaki yang bernama Kamal Ashnawi mengaku bahawa beliau ialah orang terkaya di dunia tetapi tidak di iktiraf oleh dunia. Kamal anak kelahiran Perak dan juga rakyat Malaysia ini dikatakan memiliki harta bernilai RM20 trillion.....fuhhhh biar betul. Boleh percaya ke ni? Orang yang memegang status paling kaya di dunia sekarang ni pon hanya memiliki RM224 billion. Mesti ramai yang tertanya-tanya dari mana dia dapat duit sebanyak tu kan atau dia ni saja nak bergurau-gurau ja....hahaha. Tapi Kamal juga ada tunjukkan bukti harta-harta dia.....Hurmmmm betul ka erkkk.... Kalau la betul, nak cari alamat atau contact number dia la. Dapat mintak 1 juta dah la.....hahahaha. Ok la anda baca lah dengan lebih lanjut pasal Kamal Ashnawi ni kat bawah;

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion). Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005. Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.

“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.
“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri. Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian. Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.


Saturday, January 21, 2012

2012 PLANNER TEMPLATE


Piweet nak kongsikan dengan anda 2012 Planner Template yang sangat best. Sekarang ni kan banyak sangat planner percuma yang boleh kita download di internet. Piweet pon cari planner ni sebab Piweet nak gunakannya masa praktikum selama 3 bulan nanti. Biasa la praktikum ni kena la plan jadual elok-elok sikit sebab banyak sangat tugasan yang kena siapkan. Bila ada planner ni tersusun la sikit jadual tu. Harap-harap macam tu la...hehehe. Kita juga boleh beli planner ni di kedai-kedai. Biasanya planner ni ada skali dalam buku diari. Kalau nak jimat macam Piweet ni boleh la download kat internet ja...hehehe

Piweet sertakan beberapa link untuk anda buat sendiri planner anda. Ok selamat mencuba=)


Friday, January 20, 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA


Izwan Pilus yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi. Marilah kita bersama-sama mensedekahkan al-fatihah kepada roh beliau. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Daripada Dia kita datang kepada Dia kita kembali.

Calon MATI bukanlah sakit, uzur atau tua tetapi HIDUP

Thursday, January 19, 2012

PETUA UNTUK MELEBATKAN BULU KENING



Bahan-Bahan
1) Beberapa tangkai daun sirih
2) Lendir daun lidah buaya
Cara Pemakaian
Ambil daun sirih, celupkan tangkainya ke lendir daun lidah buaya. Kemudian sapukan ia pada kening perlahan-lahan. Sapu seperti anda hendak membentuk kening menggunakan pensil kening. Melalui cara ini, anda bukan sahaja dapat melebatkan bulu mata, malah bentuk kening juga dapat diperkemas dan diperindahkan.
Harap petua ini dapat membantu anda.

Monday, January 16, 2012

NOTA PADAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK (EDU 3107) OLEH CIKGU MOHD RIDZUAN AL KINDY


Kali ini merupakan kali kedua Piweet nak kongsi satu benda yang sangat BEST lagi mantap dengan korang semua iaitu Nota Padat Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU3107)..hehehe.....Subjek  Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak ialah subjek wajib bagi pelajar PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruaan) di bawah seliaan IPG. Kalau tak silap subjek ini juga merupakan subjek wajib di universiti atau kolej untuk peringkat Ijazah Sajana Muda. Nota-nota ringkas Tulisan Cikgu Mohd Ridzuan Al Kindy sangatlah bagus dan berkualiti (ada  urmmm orang kata..huhu). Mungkin  ada daripada anda telah kenal dengan nota-nota tulisan Cikgu Mohd Ridzuan. Kepada yang belum kenal, Piweet nak kongsikan benda menarik ini dengan anda semua. Mungkin selepas ini anda akan jatuh cinta dengan nota beliau, cewahhh.....huhu=)


Nota yang padat, susunan yang menarik, dan warna yang pelbagai merupakan tagline tulisan nota beliau. Walaupun ringkas, padat dan sendad, nota-nota beliau masih lagi sarat dengan isi-isi penting. Dan yang paling best sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan semasa belajar dan sebelum peperiksaan. Dan mungkin menjadi paling paling paling best kepada "penggemar study last minute'....hahahaha ( I'm not part of them, I guess...erk yaka?) hihihi=)

Ni la Cikgu Mohd Ridzuan Al Kindy

Ok la, mesti ramai yang dah menggeletar tangan nak download kan....huhuhu
Cara nak download klik saja pada link di bawah=)
********
********

Anda juga boleh mendapatkan nota untuk subjek PENYELIDIKAN TINDAKAN 1:

Harap sangat nota ini dapat membantu anda semua. Terima Kasih kepada Cikgu Mohd Ridzuan Al Kindy. Piweet hanya tolong menyampaikan ilmu beliau=)

~ Bersambung ~
**** Nantikan nota seterusnya  (subjek untuk semester 8) daripada Cikgu Ridzuan Al Kindy. Anda semua diharapkan bersabar. Sabar itu sebahagian daripada iman=)

NOTA PADAT PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 (MTE3113) OLEH CIKGU MOHD RIDZUAN AL KINDY


Kali ini Piweet nak kongsi satu benda yang sangat BEST lagi mantap dengan anda semua iaitu Nota Padat Penyelidikan Tindakan 1 (MTE3113)..hehehe... Subjek Penyelidikan Tindakan 1 ialah subjek wajib bagi pelajar PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruaan) di bawah seliaan IPG. Nota-nota padat tulisan Cikgu Mohd Ridzuan Al Kindy sangatlah bagus dan berkualiti (ada  urmmm orang kata..huhu). Mungkin  ada daripada anda telah kenal dengan nota-nota tulisan Cikgu Mohd Ridzuan. Kepada yang belum kenal, Piweet nak kongsikan benda menarik ini dengan anda semua. Mungkin selepas ini anda akan jatuh cinta dengan nota beliau, cewahhh.....huhu=)

Nota yang padat, susunan yang menarik, dan warna yang pelbagai merupakan tagline tulisan nota beliau. Walaupun ringkas, padat dan sendad, nota-nota beliau masih lagi sarat dengan isi-isi penting. Dan yang paling best sangat sesuai untuk dijadikan bahan rujukan semasa belajar dan sebelum peperiksaan. Dan mungkin menjadi paling paling paling best kepada "penggemar study last minute'....hahahaha ( I'm not part of them, I guess...erk yaka?) hihihi=)

Ni la Cikgu Mohd Ridzuan Al Kindy

Ok la, mesti ramai yang dah menggeletar tangan nak download kan....huhuhu
Cara nak download klik saja pada link di bawah=)
MTE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 - MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH KAEDAH
(Nota ni juga sangat sesuai untuk subjek2 lain selain matematik sebab isinya 90% sama untuk Penyelidikan Tindakan)

Anda juga boleh mendapatkan Soalan Latihan dan Soalan Peperiksaan 2010 & 2011 Penyelidikan Tindakan  DISINI

Harap sangat nota ini dapat membantu anda semua. Terima Kasih kepada Cikgu Mohd Ridzuan Al Kindy. Piweet hanya tolong menyampaikan ilmu beliau=)

~ Bersambung ~
**** Nantikan nota seterusnya  (EDU 3107) daripada Cikgu Ridzuan Al Kindy. Anda semua diharapkan bersabar. Sabar itu sebahagian daripada iman=)

Sunday, January 15, 2012

FIRST GIVEAWAY BY ONITSUKAHANA



Ada orang nak bagi hadiah, xkan nak tolak plak kan...hehehe.. Xda la, blogger Onitsukahana buat segmen tuk bagi First Giveaway dia kepada pemenang segmen ni. Maybe lepas nia ada pulak la kot 2nd, 3rd, 4th giveaway...hehehe.. Ok la tunggu apa lagi jom la join ramai-ramai.  Kalau ada nasib boleh menang....huhu

Warna-warna yg best bagi Piweet ialah light purple, purple, red, blue

TARIKH PENYERTAAN IALAH:
10 JAN 2012 - 10 MAC 2012

TAG:

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA


GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1.      PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.
2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
3.      KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).
4.      TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
5.      KADAR BB1M  
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.
6.      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012; 
7.      PENUTUP
a)      Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b)      Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c)      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.

*** Apa salahnya kalau bagi skali baucer ni kepada pelajar IPG. Elaun buku lain, baucer buku lain....hehehe. Sedih je piweet baca syarat-syarat ni, pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku...( siap bold lagi tu...sedihnya=(... ) 

ANTARA KEDAI-KEDAI TERPILIH DI NEGERI KELANTAN
- Pustaka Sri Intan ( PSI )
- Syarikat Muda Osman ( SMO )

Thursday, January 12, 2012

JASON CHEN - SUARANYA MANTAP LAGI POWER


Siapa itu Jason Chen??? Mesti yang ramai tak kenal penyanyi ni kan. Jason Chen ialah penyanyi kelahiran Hong Kong tetapi sejak kecil lagi menetap bersama keluarganya di Canada. Hampir semua lagu yang dia cover dan lagu dia sendiri berbahasa Inggeris. BI dia sangatlah fasih dan powerrrr. Suara dia memang gempak dan sedap sangat-sangat. Lagu yang dia cover pon lagi sedap daripada penyanyi asal..Memang lawan tokey la orang kata...hehehe... Dia jugak banyak buat duet dengan artis lain. lagu yang paling best masa dia duet dengan JosepH Vincent. Tak nak cakap banyak lagi, korang tengok dan dengar sendiri suara dia.... Mantapp dooo=)


One In A Million cover



Just Dream Cover - Jason Chen ft Joseph Vincent


~ Memang Mantappppp ~

Kalau nak usha JC kat youtube KLIK SINI

Saturday, January 7, 2012

AKTIVITI KETIKA CUTI

Sekarang ni Piweet tengah cuti, cuti sekolah.....hehehe...
Kalau sekolah cuti, Piweet pon cuti la..
Cuti ni piweet tak keja sebab kakak piweet nak kawin,
So banyak la keja yg nak kena buat di rumah
Selalunya cuti akhir tahun ni piweet keja dekat The Chicken Rice Shop

So, cuti kali ni memang cuti betul-betul la. Duduk rumah, makan, tengok TV lepas tu tidor. Itu ja keja yg piweet buat. Tu yang badan semakin berisi ni....adoyai...Da la gemuk da....hahaha.

Cuti ni jugak piweet memang kuat betol tengok TV. Macam-macam rancangan tengok. Daripada kartun hinggalah ke cerita yg x berapa nak kartun. huhuhu. Ok lah  piweet nak kongsi ngan anda semua rancangan2 yang sangat best bagi piweet dan mungkin jugak best untuk anda.


Rancangan ini ialah The Muaythai Challenger Asia. Rancangan ni  disiarkan di Astro AXN, channel 701 pada setiap Khamis jam 10.00pm. Bagi yang minat Muaythai dan seangkatan dengannya sangatlah sesuai memonton cerita. Piweet pon sebelum ni tak minat dengan Muaythai tapi bila dah tengok rancangan ni rasa minat la pulak. Rasa best sangat tengok masa lawan tu. Lagi-lagi bila peserta Malaysia, Faizal yang lawan. Rasa macam Piweet plak yang tengah lawan...hehehe. Rasa geram, marah, tension suma cukup la. Kalau korang x percaya korang tengok la.


Masterchef Malaysia Musim Pertama. Rancanagan ini ialah rancangan realiti dalam bidang kulinari/masakan. Disiarkan pada setiap Sabtu hingga Rabu jam 9 malam disaluran Astro Ria 104. Memang lapar je kalau tengok cerita ni...hehehe...Anw cerita ni memang best!!


 The Voice Season 1. Disiarkan di Astro AXN 701. Rancangan realiti nyanyian yang sangat best dan dasyat. Peserta dipilih  berdasarkan SUARA dan bukannya RUPA semasa Blind Audition. Semasa Blind Audition, 4 orang juri akan memilih dan berebut peserta untuk membentuk satu kumpulan yang hebat. Semua peserta dasyat2 dan hebat sangat.  Bila dah dapat peserta mereka, meraka latih dan pilih 1 sahaja daripada 8 peserta untuk setiap kumpulan untuk masuk peringkat akhir. Tak nak cakap banyak, memeng best giler rancangan ni dan sememangnya jauhhhhhh lebihhhhhh baik daripada rancangan realiti nyanyian di Malaysia ni....hehehe

~ SELAMAT MENONTON ~