Wednesday, June 29, 2011

SAYA NAK JOIN BLOGLIST AZILUZDANHIDUPNYA


Tak pernah pun join segment sertai bloglist blogger lain sebelum ni. Tengok mcm senang ja segment ni. Nak try la, mana taw kot bleh famous lpas ni...hehehe. Kalau sapa2 yg nk join jgak klik SINI

  




Ok la nak terus jawab solan exam ni...hehehe



  1. Benda pertama yang saya terpandang bila buka blog aziluz ialah perkataan "hampas"
  2. Pada pendapat saya aziluz ialah seorang yg memiliki rambut yg stylo. teringin nak rambut panjang mcam tu tp apakan daya saya ni seorang guru, kena la rambut pendek dan kemas...hurmm

PETUA UNTUK MELEBATKAN RAMBUT


Sejak kebelakangan ni, rambut asyik gugur ja. Sebelum ni xda masalah pun. Ni mungkin sebab tekanan, diet yang salah dan gel n shampoo yg xsesuai dengan rambut. Risau jugak kalau berterusan macam ni. Botak la kepala piweet ni ha.. Umur muda lagi, org kata muda tang-tang lagi. Kena buat sesuatu ni, risau jgak takut masalah ni semakin serius.

Piweet ada jumpa satu petua untuk melebatkan rambut ni dari internet. Jom kita sama-sama amalkan. Mana tau, kot2 berhasil...hehe..ok selamat beramal   


Petua Untuk Melebatkan Rambut

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. 

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. 


Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu. 

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

  • Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
  • Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
  • Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertusung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memamakai tudung.

Friday, June 24, 2011

SEPAH JUARA MAHARAJA LAWAK 2011

Jutaan tahniah kepada SEPAH kerana telah berjaya bergelar maharaja lawak 2011. Sepah memang layak untuk menang. Setiap minggu lawak yg ditonjolkan memang menjadi-jadi...hehehe.. Apa pun piweet memang suka sangat Sepah menang.  Tahniah Sepah!!!!

Jom layan dulu aksi  Sepah di Final Mahraja Lawak 2011



HEADPHONE BARUKU YANG MURAH TAPI POWER

Masa cuti sekolah ari 2 pegi la jalan2 kt Bukit Jambul. Niat nak tngok wayang, tp smua cerita mcm xbest ja. Yg best plak xkuar lg. So pusing2 la kt dlm complex tu. Memang pusing jala sebab fulus mmg tengah kering kontang, usha barang pon dari jauh....kalau p dekat nanti berkenan pulak pastu duit xda, nanti hati jadi tak tenteram.....hahaha

Pusing punya la pusing ternampak la orang ramai tengah serbu satu kedai ni. Erm mesti ada benda yang menarik ni. Rupa-rupanya kedai ni buat promotion jual HEADPHONE. Memang murah headphone yg kedai ni jual. Dalam banyak-bnyak tu berkenan la kt satu headphone ni. Berkenan kat headphone ni sebab harga dia murah dan colour yg stylo. So, piweet pon beli la. Barang yg murah2 bleh la beli. Lagipun megabase dia bleh than la power. Berbaloi-baloi la kalau beli...huhu

Ni la headphone baru den

Macam2 jenis lagi ada kt luar nu. Yg murah, mahal, besar, kecik, lawa, stylo tp yg ni saja mampu beli...hehe

Memang berbaloi-baloi la piweet beli. Base dia mmg gempak. Hanya guna sekeping duit kertas warna merah ja untuk beli ni. Murah kan...hehe


Sunday, June 19, 2011

YOU ARE AMAZING DAD, JUST THE WAY YOU ARE.... HAPPY FATHER'S DAY

Time mother's day ari tu, piweet ada tlis satu entri, Mak, cek saayanggg mak..So sempena Father' s Day ni piweet pun nk buat tuk ayah piweet...hehehe



Ni la ayah piweet, Mansor Mutulili b. Nayan. Seorang yang sangat cool, penyabar, kuat berjalan (makan angin),  dan senang nak mintak duit kalau nak banding ngan mak....hahahaha

Kalau tngok kat nama ayah piweet memang exclusive kan, 1 dalam sejuta tu. Sampai skrang xpenah lagi jumpa nama yg sama ngan ayah piweet...hehe. Lagi satu benda yang sangat menarik pasal nama ni, masa piweet isi borang utk smbung blajar lepas SPM, semua yg piweet mntak semua dapat. Sama jugak dengan kakak piweet. Ini mungkin rezeki dan jugak sebab nama ayah kami yg sempoi...hehehe

Bab yang pasal kuat berjalan tu pulak, ayah piweet ni jenis yg suka berjalan rumah adik beradik dia. Dia memang ingat saudara-dara dia. Kalau ada masa lapang mesti dia ajak pi jlan2 rumah saudara2 dia. Sebab tu ramai saudara2 dia yg sayang kt dia. Kena contohi ni...hehe

Ayah cek sayang sangat kt ayah. Cek harap cek dapat balas jasa ayah n mak suatu hari nati. Cek berdoa semoga ayah sihat slalu, dimurahkan rezeki yg halal, diberkhati sllu dan bahagia dunia akhirat.

Saturday, June 11, 2011

KENANGAN DI PANTAI MERDEKA

Pantai Merdeka merupakan merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kedah. Orang kedah mesti kenai dengan pantai ni kalau tak kenai tu dia memang bukan orang Kedah sejati...hehehe. Baru2 ni  Piweet dan keluarga sempat pi berkelah di sini. Biasala kan cuti sekolah. Time2 macamni la masa untuk jalan-jalan dengan family. Sebenaqnya memang da lama piweet tak mai sini. Kalau tak silap last skali mai Pantai Merdeka dengan masa umur Piweet 11 tahun 9 (darjah 5). Maksudnya da 10 tahunnn

Da lama xmai sini rasa seronok la pulak berkelah kat sini. Lagi pun da lama xberkelah dengan family...hehehe. Lagi2 berkelah sambil layan lagu ni Cinta Di Pantai Merdeka.



Kenangan Piweet bersama keluarga di Pantai Merdeka...Jomm layanzz


Da habeh makan baru nak ambik gambar...huhu


Pencuci mulut selepas makan nasi sambil bersembang2. ada rojak buah n jajan...huhu


Masa tuk bermandi-manda


mai P.Merdeka memang xsah kalau tak pi Tangjung Dawai. Kalau nak tau T.dawai ni dekat ja dengan P.Merdeka. 5 minit ja kalau naik bot, maybe 1 jam kalau naik kereta...hahaha. Piweet p sana sebab nak beli ikin bilis dan keropok ikan ja..hihi


Pemandangan di jeti T.Dawai dikala senja..


Banyak gila cik bor dekat sini. Kalau jatuh sini memang naya la org kata...hehehe


Piweet bersama-sama ayah di dalam bot utk ke TD


Bersama bakal abg ipar


Kakak dan adik piweet

Friday, June 3, 2011

SALMA JUARA MENTOR 5


Tahniah kepada Salma dan syabas kepada Erra kerana berjaya menjadi juara Mentor 5. Salma memang layak untuk menjadi juara. Daripada minggu pertama lagi, da tau yang Salma akan jadi juara. Suara dia perhh memang mantap habes. Peserta-peserta yang lain biasa-biasa ja tapi jauh lagi best la daripada peserta AF9. Mula jatuh cinta dengan suara Salma. Nak ikut la perkembangan dia selepas ni. Harap Salma akan terus berjaya di luar sana. Saya yakin dengan bakat yang dia ada dia mampu untuk bersinar di luar sana. Chaiyok2 Salma=)

Jom kita layan dulu aksi Salma di Mentor 5 Final...layannzzzz