Friday, May 20, 2011

Segmen Khas ar-rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!


Jom review blog bersama aried dengan hanya copy paste sahaja ayat ini! Sama-sama kita lihat siapa yang bertuah dan mereka yang dipilih akan direview habis-habisan! Cepat sebelum terlambat! Copy ayat pendek ini dan paste segera di blog anda! Pastikan anda tidak termasuk dalam 20 top blogger melayu ini agar peluang berharga ini dapat dirasai oleh blogger-blogger lain juga. icon razz Segmen Khas ar rifke | Jom Review Blog Bersama Aried!

PANAHAN KOREK DAN CIUM



Inilah panahan korek dan cium. Jom kita layan aksi korek dan cium ni...hahaha


DENGAN DUIT SYILING ANDA SUDAH MAMPU UNTUK TERBANG BERSAMA AIRASIA


Sempena dengan sambutan ulang tahun ke-10, Airasia akan buat promosi tiket penerbangan yang gila-gila punya murah. Hanya guna duit syiling sahaja anda mampu untuk terbang bersama-sama Airasia. Promosi ini akan bermula 23 Mei 2011, 12 pm.


TARIKH TEMPAHAN : 23 MEI 2011, 12 PM
TARIKH PENERBANGAN : 6 FEB 2012 - 20 JUN 2012

Pada promosi kali  ini, dengan duit syiling sahaja anda sudah mampu untuk beli tiket airasia.

Airasia telah banyak buat promosi sebelum ni. Tiket yang paling murah pernah saya beli ialah RM6. Bulan Mac 2011 hari tu pun sempat beli tiket ke Kota Kinabalu dengan harga RM15. Memang murah nak mampus. Kali ni mesti lagi murah. Tapi nak dapat tiket murah mesti kena cepat. Promosi start, mesti terus beli. Kalau lambat memang x dapat la...hehe. So, kepada siapa2 yang nak usha tiket murah tu, anda kena mark dalam kelendar anda 23 Mei ni jam 12pm. Ok selamat membeli tiket...hehehe


**Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, bolehlah layari Airasia.com.my

Monday, May 16, 2011

TAK KERING GUSI DENGAN SITCOM EXTRAVAGANZA

Kalau dalam keadaan sedih, marah, sunyi, stress, apa yang korang buat? Kalau saya dalam situasi berikut, saya suka MAKAN....hehehe. Dengan makan tu saya boleh lupakan seketika masalah-masalah yg serabut dalam kepala otak ni. Mesti ada daripada korangyang berkelakuan macam saya kan...hehe


Selain daripada makan, saya akan layan cerita2 lawak yang boleh bagi saya gelak terguing-guling. Bila dah gelak sampai macam tu, rasa hilang semua masalah buat seketika. Jadi entri kali ni saya nak kongsi dengan korang 1 sitcom yang sangat kelakar, EXTRAVAGANZA. Sitcom berasal daripada Indonesia dan merupakan sitcom kegemaran saya.


Aming, pelakon paling kelakar dalam sitcom ni. Semua watak dia boleh bawak. Dia boleh jadi pondan, budak, lelaki yang macho dan macam2 lagi. Tapi watak pondan paling best....hehe

Tak nak cakap panjang2 lagi. Jom kita layan sitcom ni.




Banayk lagi tajuk-tajuk yang best ada kat Youtube. Kalau tak percaya klik link ni dan tengok sendiri...hehe
Harap korang semua enjoy dan sedikit sebanyak dapat hilangkan masalah yang mengserabutkan kepala korang. Ingat banyak perkara yang berfaedah yang boleh kita lakukan untuk hilangkan masalah kita ni...hehehe... Ok selamat beramal

16 MEI HARI GURU

Saturday, May 14, 2011

MAMPUKAH NUR KASIH THE MOVIE SEHEBAT DRAMA NUR KASIH?

Drama Nur Kasih telah mencetuskan fenomena baru dalam industri drama negara. Drama hebat ini telah menggamit 19juta penonton setiap kali ditayangkan di kaca tv. Cerita berunsur rohani dan ketuhanan ini telah diterima baik oleh rakyat Malaysia sehinnga muncul pelbagai drama versi ini di negara kita. Jalan cerita yang hebat, pelakon yang mantap serta pengarah yang kreatif telah menyebabkan drama ini menerima pelbagai anugerah dan telah memberi kesan yang positif terhadap penggemar drama-drama melayu.  



Sambutan yang hebat terhadap drama ini menyebabkan Kabir Bhatia (pengarah) menyambung kehangatan drama ini dalam Filem pula. Maka, terhasilah Nur Kasih The Movie. Persoalannya sekarang mampukah Nur Kasih The Movie menyaingi kehebatan Nur Kasih?Filem ini akan ditayangkan pada 19 Mei 2011. 

Nak tau serba sedikit mengenai filem ini, jom kita tengok sipnopsis  dan trailer filem ini.


Filem ini adalah kesinambungan drama Nur Kasih di mana pengakhiran ceritanya, Adam berjaya mendapatkan kembali cinta dari Nur Amina dan Aidil juga begitu berjaya mendapatkan kembali kepercayaan isterinya Aliya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia. 



Aidil terpaksa menghadapi pelbagai ujian dan dugaan sepanjang membesarkan kedua-dua orang anaknya. Manakala kehidupan Adam dan Amina kian berseri dengan kehadiran anak pertama mereka. Namun kebahagian mereka terus diuji. Sesuatu telah berlaku dalam hidup mereka menyebabkan mereka berhijrah ke Mekah. Pelbagai konflik lagi terpaksa dihadapi oleh Amina, Adam dan juga Aidil. Apakah kesudahannya? Nak tau kesudahan filem ini kena la tengok sendiri di panggung wayang berdekatan anda bermula 19 Mei 2011 

Adam & Nur Amina

Antara barisan pelakon NKTM






Kabir Bhatia, seorang pengarah yang sangat hebat dan kreatif.

Haa kalau nak tau hebat ke tak cerita ni, kena la tengok sendiri. Apa-apa pun filem ni merupakan antara filem wajib tengok tahun 2011 ni. Ermmm tak sabar nak tengok...hehehe

Friday, May 13, 2011

UBAT UNTUK MENJADI RAJIN


Tidak dapat dinafikan, memang ramai sedang menghadapi masalah sebegini especially students...hehe. Now we have to change this attitude.


Sebenarnya tak ada ubat untuk bagi rajin. Tapi hanya ada beberapa tips untuk MENJADIKAN kita rajin dan membuang sikap malas. Sama-samalah kita amalkan.

Tips Menjadi Rajin

Saya ingin berkongsi 5 tips bagaimana mengatasi sikap malas.Perasaan malas adalah lawan kepada sikap rajin. Ianya satu sikap negatif yang perlu diubati. Rasa-rasa anda, bagaimana ingin membuang sifat malas? Disini saya senaraikan 5 tips yang boleh digunakan.
1. Tanya pada diri anda dan jawablah sejujurnya. Fikirkan sejenak mengenainya.
Apakah faedah daripada sikap malas aku ini?”

2. Senaraikan kesan dan akibat sikap malas yang ada pada diri anda. Ini bertujuan untuk menyedarkan minda anda bahawa sikap ini tidak berfaedah langsung. Selain itu, ia membuat minda anda ‘sakit’ dengan sikap ini.

3. Kekalkan momentum kerajinan anda. Jika anda sedang melakukan sesuatu dan ingin berhenti berehat, pastikan anda berhenti tidak lama. Kekalkan momentum tersebut. Semakin lama anda berhenti atau berehat, semakin kurangnya semangat anda meneruskannya.

4. Membayangkan kesan positif yang anda perolehi kesan daripada sikap rajin anda. Contohnya anda membayangkan anda mendapat keputusan yang cemerlang atas kerajinan anda, lalu ibu bapa anda menghadiahkan anda RM500. Disayangi teman dan diminati ramai.


5. Akhir sekali senaraikan mengapa anda ingin membuang sikap malas. Tampalkannya. Untuk berubah, manusia perlu mempunyai sebab. Jadi tuliskan sebab itu.






Sekarang saya dah berubah menjadi seseorang yang baru, lebih bersemangat, dan yakin . Aja-aja Fighting!!

Jika anda ada tips tambahan, kongsi pendapat anda di ruang komen ya.



Wednesday, May 11, 2011

ABANG SALIH YAACOB AKAN KAWIN LAGI SATU = 4 ISTERI

Habeh ja kuliah hari ni, terus nak balik rumah. Dalam perjalanan nak balik tu ternampak satu surat khabar yang bertajuk "Bakal Isteri ke-4 Buka Rahsia Salih Ada Isi" tergantung kat depan satu kedai ni. Rasa berminat la pulak nak baca. Jadi saya pun beli la akhbar tersebut. Lagipun dah lama tak beli surat khabar. Baca melalui online ja.


Dalam perjalanan nak balik tu sempat singgah warung kopi untuk brunch (breakfast + lunch). Makan la siap-siap kalau dah sampil rumah nanti malas dah nak keluar cari makan. Pak cik- pak cik kat situ dah heboh sembang pasal Salih Yaacob nak kawin lagi satu.

Harian metro edisi 12/5/2011

Pak cik 1 : Salih Yaacob nak kawin lagi, ilmu godio dia paka sapa leh           kawin pat 
Pak cik 2 : Biso ilmu dio....
Pak cik 3 : Ilmu gapo? kawe nok etek.....hahaha

****perbualan dalam loghat kelantan. Kalu xsilap bunyi macam tu la..Kawe pon x panda sangat kecek klate...hehe

Melalui akhbar Metro 12/5/2011, Salih Yaacob akan berkahwin dengan seorang anak dara kelahiran Johor, Emi, 24. Hebat kan Salih Yaacob ni dapat anak dara pulak tu sebagai isteri keempat...Mantap-mantap..hehe. Menurut emi, beliau meminati hidung Salih Yaacob. Hidungnya yang mancung membuatkan hatinya bertaut pada Salih Yaacob. Bak kata pepatah 'dari hidung turun ke hati' (gurau ja). Bukan itu sahaja Emi menyukai Salih Yaacob disebabkan sikapnya yang sangat menitik berat ajaran agama, cara beliau membimbing 11 orang anak dan 3 isteri membuatkan Emi kagum dan jatuh hati kepada Salih.

Emi

Bahagia Salih Yaacob bersama-sama 3 isterinya 

Perkenalan pertama antara Salih Yaacob dan Emi bermula atas dasar peminat dengan artis semasa Salih menhadiri satu pementasan di Pulau Pangkor Perak. Hubungan seorang peminat dengan idolanya diteruskan sehinggalah bermulanya bibik-bibik percintaan antara mereka berdua. Hubungan yang mesra berlarutan sehinggalah  mereka berdua memutuskan untuk mengakhirinya dengan  ikatan pernikahan.

Status perkahwinan antara Salih dan Emi masih lagi dirahsiakan. Walaubagaimanapun kelihatan keserian inai di jari Emi. Salih Yaacob menafikan dakwaan tersebut sambil memberitahu "Emi memang suka pakai inai sebelum kenal abang lagi". Yeke Ang Salih? Kalau dah kahwin tu bagitahu jela. Bagitahu sekali rahsia apa yang Abang Salih guna sampai pasang empat ni. Ramai yang nak tau ni..hahaha

Untuk baca dengan lebih lanjut boleh la layari METRO 14/5/2011


BLOGGEROID - POST ENTRI GUNA HANDPHONE LAGI SENANG

Bloggeroid...hehe..kali ni saya buat entri guna nsettt...canggih x? Sekarang dah ada macam-macam teknologi yang boleh bantu kita smpikan mklumat dengan mudah dan pantas kepada orang lain. Sebagai contoh dengan guna software dari android ni... Sblm ni saya dah guna macam2 software blog. Saya dah pernah guna Software Blogway and Bloger tapi Bloggerroid adalah software yang terbaik. Mudah nak guna, nak post entri, nak save dalam draft dan x mudah heng....huhu

lambang ikon bloggeroid



Tapi masih lagi ada kelemahan apabila menggunakan handphone. Pertama kita tak boleh nak taip laju2, nak upload gambar dan video xleh. Tapi benda tu cuma sampingan ja. yang penting kita boleh post entri dah la kan. Nanti ada masa kita edit balik guna laptop untuk upload gambar atau video....huhu



Kepada sesiapa yang guna Android, anda bolehlah mencuba  software ni. Software ini boleh di download di Android Market. Senang kan dan yang paling penting free...haha..ok la selamat beramal


Tuesday, May 10, 2011

KOLEKSI GAMBAR DATUK SITI NURHALIZA BERTUDUNG LITUP










Cantik kan Datuk Siti Pakai tudung litup. Sejuk je tengok muka dia. Datuk Siti pernah janji nak pakai tudung selepas balik umrah dulu. Dia memang pakai tudung tapi semakin hari tudung dia semakin singkat. Kadang-kadang tu dah tak nampak macam pakai tudung. Tak apalah itu adalah urusan dia dengan Allah. Tapi saya sangat berharap dan berdoa supaya Datuk Siti mendapat hidayah untuk pakai tudung penuh. Datuk Siti memang cantik bila pakai tudung macam ni....hehehe

Apesal.com Jana trafik blog Kongsi entri anda

Mahukan traffik yang tinggi dalam blog anda?...
selain daripada membina entri untuk diri, rakan terdekat dan saper2 jer,
elok lah ke Apesal.com
Mudah...anda hanya perlu daftar, kemudian tunggu sehingga site anda di'approve' oleh pihak Apesal.com 
Apabila dah selesai sesi approve melalui email, anda boleh post entri anda dalam web berkenaan
tunggu sehingga post2 anda di'approve' sekali lagi. Kemudian, post anda akan di'link' ke dalam setiap blog orang lain..





mau baca pasal Apesal.com ini berfungsi?
CLICK HERE ---> Apesal info



Ok selamat beramal. Anda pasti akan merasa perbezaannya....=)]

Monday, May 9, 2011

Bloggeroid- makes blogers life easier

Bloggeroid....hehe...kali ni saya buat entri guna nsettt...cnaggih x?skarang da ada mcm2 teknologi yg bleh bantu kita smpikan mklumat dengan mudah dan pantas kpd orang lain. Sbgai contoh dengan guna software dr android ni... Sblm ni da guna macam2 software blogers. Da penah guna blogway n bloger tapi blogerdroid adlah software terbaik. Mudah nk guna, nk post, nk save dlm draft n x mudah heng....huhu

Ni lambang icon bloggeroid

Tapi masih ada kelemahan la kalau juga hanphone kan. Tak bleh nak taip laju2, nak upload gmbar n video xleh. Tapi benda tu juma sampingan ja. yang penting kita bleh post entri dah la kan. Nanti ada masa kita edit balik guna laptop....huhu

Kpd siapa2 yg guna android bleh la try software ni. Download ja kt android market. Senang kan dan yg pling pnting free...haha..ok la slmat bramal

posted from Bloggeroid

Saturday, May 7, 2011

KASIH IBU BAWA KE SYURGA...SELAMAT HARI IBU, MAK

Hari ni merupakan Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia. Hari ni biasanya orang kan cakap pasal sayang mak, rindu mak, terima kasih mak, mak sangat baik, pengorbanan seorang mak@ibu dan banyak lagi. Jadi saya pun nak ucap semua benda ni dekat mak saya...hehehe
Ni la mak saya, Jamilah Binti Darus. Umur 53 tahun. Lawa x mak saya???Lawa macam anak dia la kan...hahaha

Bila da besar ni, saya jadi malu sikit nak cium mak, nak sayang mak, nak cakap ' mak, cek saayangg mak', 'mak, cek riiinduu kat mak'. Tapi sayang saya kat mak saya semakin bertambah++++ bila saya da besar, bila berjauhan dengan mak. Cuma segan je nak cium mak, peluk mak macam kecik2 dulu....hehehe

Ni gambar saya ngan mak saya masa hari raya puasa 2010. 

Banyak yang cakap muka saya macam ayah saya. Tapi ada satu bahagian yang saya sama ngan mak saya...nak tau x???jeng3.....Hidung kami sama mancung...hahaha. Tapi xla mancung macam hidung mat salleh tu. Kalau hidung orang melayu tu, da masuk ketegeri mancung dah la.....hehe...Abang saya pun mancung jugak hidung dia, mungkin anak lelaki sama tang bahagian hidung ja...Kalau anak perempuan, kurang sikit mancungnya....hahaha (jangan marah ya my sisters)




.
Ni gambar keluarga saya tapi abang n kakak sulung saya xda dalam gambar ni. I love u all very very much.

Kepada mak n ayah. Cek sayang sangat mak ngan ayah. Cek harap cek sempat balas jasa mak ngan ayah selama ni. Kepada mak dan ayah tercinta cek doakan semoga panjang umur, sihat selalu, bahagia didunia dan di akhirat dan sentiasa diberkhati oleh Allah.