Saturday, April 30, 2011

AF9 vs MENTOR S5

 AF9 VS MENTOR S5

AF9 vs MENTOR S5....Yang mana lagi hebat? Tak pernah terlintas nak tulis pasal benda macam ni tapi sejak AF9 ditayangkan dan tengok students dia perform memang  tak sedap langsung. LANGSUNGGGGG. Sebab tu terlintas nak tulis pasal benda ni. Ntah macam mana la boleh masuk AF9. Tak tau la nak cakap macam mana AF9 ni, memang hampeh la kalau nak dibandingkan dengan AF-AF yang sebelum ni. Nothing interesting in AF9. AF yang sebelum ni hebat-hebat lag-lagi2 AF6, AF7 n AF8. Bagi piweet AF7 yang paling best sebab ramai yg suara sedap-sedap time tu. Jika nak dibandingkan dengan AF9 memang jauh ketinggalan AF9. Lagi satu sound n music untk AF9 pun tak berapa best. Sebelum-sebelum ni best je music n sound dia. Mungkin AF9 buat kat studio kot. AF9 dah sampai konsert ketiga dah tapi sekali ja piweet tengok sebab tak berminat langsung untuk tengok AF kali ni. Kalau AF sebelum ni memang tak pernah mis la. Tapi kalau AF9 dah best bagi taw piweet ok. Piweet nak tengok balik....hehehehe. Piweet cuma nak ingatkan, benda ni adalah subjektif. Mungkin ada yang suka AF9 dan mungkin yang tak suka. Piweet cuma rasa terkilan dengan AF9 ni sebab AF9 adalah AF yang terakhir, so nak la yg terbaik dari students AF9. So kepada students AF9, harap anda bangun dari mimpi yg buruk itu. Tunjukkan kebolehan anda.....huhuhu


Dah penat dah mengkritik AF9 tadi. Rasa kritikan tadi lebih hebat dari kritikan Kak Ogy dah....hahahaha. AF9 vs MENTOR S5. Bagi piweet Mentor S5 jauh  lebih baik drpd AF9. Memang  best, gempak, sempoi, hebat r Mentor5 ni. Ni la mentor yng terbaik sekali bagi piweet. Semua protege mentor5 best2. Rasanya kalau Aiman masuk AF9 pun dia la pelajar paling best....hahahaha. Dalam banyak protege 2, Salma n Shiha yang pling best. Salma memang ada kelas yg tersendiri. Dia memang ada harapan yang cerah dalam industri seni tanah air kita. Piweet rasa Salma akan menang mentor kali ni sebab dia memang layak menang. Mentor kali ni memang membuatkan piweet tiap2 minggu nak tngok. Kalau hari ahad memang tak sabar nak tunggu mentor....hahaha. Tahniah kepada MENTOR S5.


Friday, April 29, 2011

NAK TOPUP FREE????

Sapa nak topup free angkat tangan mcm saye....hahaha. Ok la korang semua nak topup free x? Klau nak mudah ja caranya. Anda hanya perlu menjawab 1 survey. Mudah ja survey nya. hanya perlu 5-10 minit ja. Tapi topup ni hanya untuk Celcom dan Hotlink saja. Piweet taw pun daripada classmate. Dorang da cuba n memang betol dapat topup. Topup tu akan dihantar kepada anda dalam masa 24 jam.

Kalau korang nak jawab survey tu n dapat topup free SILA KLIK SINI   . Selamat mencuba

SEORANG GURU BIASA

SEORANG GURU BIASA


1. Menulis rancangan mengajar
2. Menanda kedatangan murid/pelajar
3. Menanda buku kerja murid. 1 murid = 3 buah buku 1 kelas = 45   orang murid Jumlah Buku bagi 1 kelas = 135 Buah buku Seorang guru akan mengajar sekurang-kurangnya 5 kelas > 5 X 135 = 675 Buah buku.
4. Menghadiri/ mengendalikan pelbagai jenis mesyuarat - Mesyuarat JKK sekolah - Mesyuarat Guru - Mesyuarat Sukan - Mesyuarat Panitia seorang guru mungkin ada 2 panitia - Mesyuarat PIBG - Mesyuarat Kelab Guru - Mesyuarat Kokurikulum - Mesyuarat Program lebih dari 6 program anjuran sekolah Hari Guru Maulidur Rasul Maal Hijrah Kemerdekaan Bulan Bahasa Hari Anugerah Sekolah Selamat
5. Aktiviti kokurikulum, kadang-kadang seorang guru bertanggungjawab terhadap 2 unit - Perjumpaan unit uniform kekadang hadir Sabtu - Perjumpaan permainan tambah untuk pertandingan pulak - Perjumpaan persatuan / kelab - Latihan rumah sukan setiap minggu
6. Menghadiri pelbagai jenis kursus dalaman / luaran

7. Mengisi pelbagai jenis borang. Borang keluar masuk & buku keluar masuk Borang emis / hrmis/ label Buku Hadir Kursus / balik dari kursus Borang Fleksi PMR / SPM Borang kehadiran murid ke kelas fleksi Buku Pemantauan / salah laku murid Buku catatan relief guru Buku tugasan mingguan Laporan mingguan Laporan keceriaan Borang menghantar dan mengambil kertas peperiksaan selepas mengawas peperiksaan Buku Kokurikulum murid Borang permarkahan kokurikulum
7. Menghantar murid ke Klinik
8. Mengisi maklumat murid di dalam file peribadi
9. Menceriakan bilik darjah selalunya duit poket sendiri
10. Mengisi markah ujian/ peperiksaan
11. Mengisi data murid SMM
12. Menangani masalah disiplin murid / pelajar
13. memasukkan data disiplin di dalam e-disiplin
14. Melayani karenah Ibu Bapa / penjaga
15. Mengecat sekolah
16. Membersihkan bilik / stor / bilik khas
17. Menganjurkan program-program wajib (Hari terbuka dsb)
18. Menyiapkan program Head Counting
19. Melaksanakan pelan tindakan PPD, JPN (seperti KIA2M, etc)
20 Menyiapkan file gerko, persatuan, kelab dan sebagainya
21. Menghantar murid ke pertandingan atau kejohanan
22. Mengendali masalah / kebajikan murid
23. Menunggu semua murid pulang sebelum guru pulang.
24. Mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan sebagainya
25. Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
26. Berniaga (jualan hari kantin, etc)
27. Menjaga kebajikan murid / ke rumah murid bermasalah
28. Bekerja lebih masa (menyiapkan pentas, backdrop, banner dsb)
29. Menyediakan kertas peperiksaan / ujian
30. Menanda kertas peperiksaan / ujian. 1 subjek 2 paper – 2 2 x 45 = 90 90 x 5 = 450 kertas
31. Perkembangan staf
32. Mengendalikan perhimpunan murid
33. Gotong-royong kadang2 guru perlu bawa semua alatan


* Terdapat lagi tugasan sebagai seorang guru terutama yang ada tugas khas….. tetapi cukuplah sekadar ini untuk nilaian kita bahawasanya tugas seorang guru amatlah berat. Walaupun kita sering menganggap cikgu cuti banyak dan sebagainya. Tetapi hakikatnya tugas seoran guru amatlah berat. Jarang sekali bagi pekerjaan lain membawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah, berbanding guru yang terpaksa menanda buku dan menulis rancangan mengajar sehingga lewat malam. Sungguh besar pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa kita. SELAMAT BERJUANG SEMUA GURU-GURU HANYA ALLAH SAHAJA YANG DAPAT MEMBALASNYA…..


Walaupun piweet belum menjadi seorang guru, namun pengalaman sebulan berpraktikum telah banyak mengajar tentang erti seorang guru. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru. Ramai yang berpendapat guru banyak cuti, balik awal namun tanggungjawab dan amanah yang dipikul lebih berat dari yang disangka. Tugas2 yang disenaraikan diatas merupakan sebahagian sahaja drpd tugas seorang guru, masih banyak lagi tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh seorang guru. 


Sumber: http://www.facebook.com/notes/intan-jesshiella/guru-bukan-bermula-730-berakhir-130/155413281160581
:

RAHSIA TARIKH LAHIR MENGIKUT BULAN

Kepada sesiapa yg lahir pada bulan JULAI, jom kita tengok keperibadian anda

Bulan Kelahiran anda ialah JULAI!

Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja.


Amacam, sm x dengan keperibadian korang yg lahir bulan Julai ni. Bagi piweet 90% hampir sama dengan keperibadian piweet. Tapi xboleh percaya sangat dengan benda macam ni, ni juma berdasarkan kajian yang dijalankan. Klau sama pun mungkn sb ianya satu kebetulan. TAPI yang paling tepat ialah yang di hilight dengan warna kuning tu. Yg 2 memang x dapat dinafikan. Badan ni memang cepat btol naik. Makan xla la bnyak sngat (kononn) tapi macam mn bleh naik cepat sngat erk. Kalau x jaga makan mau bleh masuk Biggest Loser pas ni...hahaha



Kepada sesiapa yg nak try tngok keperibadian dia boleh la ke link ni k. KLIK SINI


KENANGAN PRAKTIKUM FASA 1

Ni merupakan gambar2 sepanjang berpraktikum di SK Pantai Senak. Nak tau lbih lanjut cerita pasal praktikum piweet ni KLIK SINI.

Ada gaya macam cikgu x...haha


I'm a mathematics teacher...huhu
Cikgu laki pun boleh hias buku RPH bagi cantik jugak. Bukan cikgu pompuan je...hihi
Poossssse sikit....=)
Lagi 2 orang cikgu yang berpktkum kat sklah ni, Cikgu Izat N Cikgu Mazlan.
Awat mata c. Mazlan 2, x cukup tidoq ka...hahaha
Barisan Guru SK Pantai Senak












Masih segar dalam ingatan
Masa ngajar tajuk MONEY
Hasil observe kali pertama oleh pensyarah. Alhamdulillah berpuas
hati dengan markah yg diberi. Namun bnyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki.
Bersama-sama pelajar lelaki 5 Cemerlang.  Gambar blur sb budak yg ambik gambar ni.
Hahaha....hadiah drpd pelajar. Bnyak kan. Biasa la cikgu ksayangan kata kan...hihihi..TQ semua
sekitar kawasan sekolah
Time aktiviti kokurikulum (pengakap)
Semat cikgu2 pengakap ni...kikiki
Aktiviti waktu malam bersama-sama cikgu2 SKPS

SATU PERMULAAN SEBAGAI SEORANG GURU

Tanggal 20/3/2011 hingga 14/4/2011 telah pun berlalu tetapi kenangannya masih ku ingati hingga sekarang. Saat manis, riang, pedih, sakit masih ku rasa himgga saat ini. Cewahh jiwang gila ayat hahaha.. Tarikh ni merupakan tarikh praktikum pertama piweet. Piweet baru sahaja selesai menjalani praktikum fasa 1. Jadi entri kali ni, piweet nak cerita pasal pengalaman semasa menjalani praktikum tersebut. Praktikum ni dijalankan di SK Pantai Senak, Bachok, Kelantan. Sekolah ni xla jauh sangat daripada rumah sewa piweet. Lebih kurang 10-15 minit perjalanan. Banyak kenangan manis dan pahit yang ada semasa piweet buat praktikum kat sekolah ni. Piweet cerita yg best2 dulu noh. Cikgu2 kat sekolah tu memang sempoi2 belaka especially cikgu lelaki. Memang terbaik la diorang ni. Cikgu2 perempuan pun sempoi jugak juma piweet xsempat nak beramah mesra dengan depa sangat. Dengan cikgu laki memang xda hal, da boleh buat macam kawan sendiri da tapi ada jugak la batas2 yang kena jaga. Cikgu2 ni slalu lepak kat kantin, kalau xda kelas ja, mesti dorang ni lepak kat kantin tapi time xda kelas jela time ada kelas cikgu2 ni masuk kelas. Time makan la sllu bersembang ngan cikgu sekolah tu. Kadang2 sampai naik risau jugak sebab lama sangat makan kt kantin. RPH xsiap lagi, ABM xbuat lagi tp bersembang kencang lagi kat kantin. Mana taknya baru nak bangun cikgu lain  plak yang mai ajak sembang. 

Selain tu, cikgu2 laki sekolah tu aktif bersukan. Malam selasa main bdminton, malam rabu main bowling, petang rabu main bola tampar. Memang penuh la jadual riadah piweet. Sampai skrg piweet join lagi ngan cikgu2 ni walaupun da habes praktikum. Sebab tu la piweet rapat ngan cikgu2 kat situ. Lepas tu GB dia pun sempoi. Muka rilex cool ja. Boleh la kauting kalau nak cuti...hahaha. Lagi satu masa ktorg buat jamuan masa hari terakhir praktikum GB sponsor RM100. Lepas 2 ada plak cikgu laen yg sponsor sama. Huhhhh jimat duit den, ramai yg sponsor, rezeki2. Nampak x, cikgu2 sklah ni baik kan. 

Murid2 sklah ni pun terbaik lagi2 kelas yang piweet ajar. Tapi dorg ni pun nakal jugak. Biasa la kan budak2. Tapi yang best nya time lecturer piweet observe dorng ni memang gempak habes. Automatik jadi baik. Bila piweet tanya solan rebut2 nak jawab. Sebelum ni kalu tanya, puas la jugak nak dapat respon. Time ngajar dalam kelas, piweet garang tau. Kalau x garang, budak2 ni suka main, kacau kawan dan macam2 kerenah lagi la. Bila garang dorg takut ckit. Tapi garang pun ada jugak buat lawak dalam kelas. Baru hepening ckit p&p tu. Garang2 pun banyak jugak dapat hadiah taw, hampir 40 hadiah piweet dapat...huhuhu. Bukan apa kalu first kita masuk kelas buat lawak, senyum sokmo, lepas 2 kita buat garang ckit mesti bdak da x takut da. So, first masuk kelas mesti kena garang lu, lepas 2 nak buat lawak, senyum sokmo n jadi garang balik pun xda hal sangat dah. Ni salah satu tips buat bakal2 guru...hehehe

Jom kita sembang plak pasal benda yang xberapa best time praktikum ni. Yang pertama penat nak mampos. Tiap-tiap malam tidur pukul 3 pagi sebab nak siapkan RPH dengan ABM. Mana taknya RPH 4, 5 helai untuk sejam mngajar. Pastu ABM untuk 40 students. Mmg satu tempoh yang sangat perit dan memenatkan. Lagi2 time praktikum tula asyment bertimbun2. Fuhhhh tension2. RPH nk kena buat, asyment nk kena siap. Memang xda masa langsung untuk enjoy time ni. Masa untuk layan movie, cita korea memang da xda time ni. Yang paling best skali time praktikum ni piweet turun hampir 4kg sebab penat sangat. Best la jugk sb da hampir dua tahun taw berat x pernah turun, asyik naik ja....hahaha. Ni kes sb duduk rumah sewa lani. Tapi ni da hbes praktikum, rsanya da naik balik da berat ni. Aduh kena p praktikum lagi ni...hehehe

Keseluruhannya, praktikum kt sklah ni memg best gla. GB baik, cikgu2 baik, students gempak dan banyak lagi la. InsyaAllah klau xda halangan  praktikum Fasa 2 pun nak buat kt sklah ni lagi. Huhu thanks SK Pantai Senak. SKPS memang terbaikkkkkkk

Klau nak tngok gambar praktikum piweet KLIK SINI



Tuesday, April 26, 2011

APA KHABAR PIWEETEACHER?????

Apa khabar piweeteacher???? lama btol piweet x update blog ni. Da hampir 2 bulan rasanya. Ntah la sejak sibuk dengan praktikum ni, piweet memang xda masa langsung untuk blog ni. Alhamdulillah praktikum pun baru ja habis, sekarang ni pun ada la masa sikit untuk nk update blog. Sebenarnya banyak cerita yang nak tulis, tapi itu hanya angan-angan Mat Jenin sahaja sebab angan-angan ja yang nak tulis tapi hakikatnya tak tulis pun....hehehe. Tapi piweet rasa nak aktif balik dalam blogging ni.( chayok chayok piweet). Aktif tu xla bermaksud piweet akan update tiap-tiap hari. Mungkin 2 @ 3 hari sekali piweet akan buat entri. Piweet da ada beberapa artikel yang menarik untuk dikongsi dengan anda semua. Selain itu, ada satu cerita yang piweet nak sngat cerita ngan korang ialah pasal pengalaman praktikum fasa 1 piweet. Macam-macam kenangan pahit dan manis ada. Kalau nak tau cerita dia, kena la tunggu entri seterusnya k....hehehe