Saturday, December 4, 2010

SEMAK SAMAN SECARA ONLINE

Mungkin ramai diantara kita yang tidak sedar bahawa kenderaan kita telah banyak melakukan salah laku trafik @ senang cerita kena saman. Selagi surat saman tak sampai kat rumah kita selagi itu kita tak tau yang kita kena saman. Betul tak???Tau-tau ja nama kita kena blacklist sebab tak bayar saman. Sejak 2 3 hari ni, member2 kat tempat kerja sibuk bercerita pasal saman ni sebab ramai jugak yang kena saman. Ada yang mencecah sampai 10 saman. Mau la dekat RM3000 nak kena bayaq. 

Gambar hiasan

Tak nak la cerita panjang2. Kalau nak tau sekarang ni kita boleh semak saman secara online. Kalau korang nak semak sila klik link ni. Semak Saman Online .

PERHATIAN!!! Sebelum semak tu pastikan jantung anda berada dalam keadaan bersedia ketika menanti paparan laporan saman tersebut. Bukan apa, takut-takut terpacul 10 saman anda, jenuhla nak bayaq. Ok la ye selamat mencuba. Saya dah mencuba dan alhamdulillah saya free daripada saman.hehehe